Kini ada peluang untuk warga emas berinteraksi dengan kanak-kanak

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Prasekolah, My First Skool, dan tempat jagaan warga emas, Silver Circle, bergabung tenaga untuk mengadakan program yang dirancang oleh NTUC First Campus dan NTUC Health. Tujuannya adalah untuk membawa warga emas dan kanak-kanak untuk berinteraksi bersama. Menurut kedua-dua pertubuhan NTUC, program ini mempunyai dua matlamat:

“Pertama, kami ingin memberi satu tujuan hidup yang lebih kukuh kepada warga emas dengan menjadi mentor kepada kanak-kanak. Kedua, kami ingin mendidik kanak-kanak supaya mereka mempunyai perasaan ingin memahami, belas kasihan serta hormat terhadap orang tua.”

Warga emas dan kanak-kanak telah menurut serta dalam pelbagai kegiatan bersama-sama termasuk membakar biskut dan bermain permainan Bingo. Seramai 50 kanak-kanak dan 25 warga emas daripada prasekolah dan tempat jagaan warga emas itu akan terus melibatkan diri dalam program ini.

TehTarik sokong kegiatan seperti ini kerana memberi peluang untuk warga emas untuk terus aktif. Sedikit sebanyak kita hilangkan rasa sepi mereka melalui kanak-kanak ini.

 

Sumber: The Straits Times

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments