Kesilapan Facebook Pasukan Media Farid Khan Akibat Alat ‘Touch Screen’?

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang ahli pasukan media bakal calon Pilihan Raya Presiden, Encik Farid Khan, telah dinasihatkan setelah silap kongsi petisyen di Facebook peribadi Encik Farid dengan tidak sengaja. Petisyen itu minta pemimpin de facto Myanmar Aung San Suu Kyi untuk dibicarakan tentang pelanggaran hak asasi manusia terhadap Rohingya. Pemimpin ini di bawah tekanan negara-negara yang mempunyai ramai penduduk Islam untuk hentikan kekerasan terhadap minoriti Muslim Myanmar.

All Singapore Stuff telah tulis sebuah artikel semalam yang mengatakan Encik Farid “memberi sokongannya” kepada petisyen tersebut.

Gambar berikut telah dipetik dari artikel itu:

“Kami telah mengeluarkan kenyataan tentang isu ini dan telah nasihatkan kakitangan yang terlibat. Kami juga telah meminta pasukan media kami untuk berjaga-jaga mulai dari sekarang. Kami anggap isu ini telah ditangani dan ditutup,” kata pengurus kempen Encik Farid, Borhan Saini.

Berikut adalah kenyataan yang menafikan laporan artikel All Singapore Stuff itu:

Kenyataan itu menjelaskan bahawa kesilapan Facebook itu adalah akibat menggunakan alat “touch screen”. Encik Farid juga telah menutup akaun Facebook peribadinya.

Setelah kenyataan itu dimuatnaikkan, All Singapore Stuff juga sempat selit komen:

Kan dah jadi bahan? Semoga pasukan media Encik Farid berjaga-jaga, lebih-lebih lagi dengan hari pencalonan yang akan datang pada minggu depan.

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments