Kesangsian dalam penukaran wasiat terakhir Encik Lee

Hal Ehwal Teh-Kini

Rumusan tentang apa yang Perdana Menteri Lee Hsien Loong sudah beritahu kepada Jawatankuasa Menteri mengenai wasiat terakhir Lee Kuan Yew:

– Terdapat 6 wasiat oleh Encik Lee Kuan Yew sebelum yang terakhir yakni pada 17 Disember 2013.

– Wasiat pertama yang dibuat pada 20 Ogos 2011, mempunyai klausa perobohannya.

– Tetapi, Encik Lee Kuan Yew memberi arahan untuk mengeluarkan klausa perobohan tersebut daripada wasiat kelima dan keenam.

– Walau bagaimanapun, entah kenapa, klausa perobohan itu dimasukkan kembali ke dalam wasiat terakhir.

– Sekarang, klausa perobohan ini digunakan oleh Dr Lee Wei Ling (“LWL”) dan Encik Lee Hsien Yang (“LHY”) untuk menuntut permintaan terakhir Encik Lee. Mereka percaya Encik Lee tidak inginkan rumah tersebut dipelihara. Kenyataan mereka tidak berasas disebabkan ada beberapa persoalan mengenai persediaan wasiat terakhir.

– Semasa persediaan wasiat yang keenam (yang dibuat pada 2 November 2012), Encik Lee ingin memberi perkongsian yang lebih kepada “LWL”, dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain (LWL, LHL, LHY 2:1:1)

– Tetapi, pada akhir tahun 2013, LHY dan Encik Lee berbincang mengenai perkongsian tersebut. Menurut emel daripada isteri LHY, iaitu Puan Lee Suet Fern (“LSF”), Encik Lee bersetuju untuk memberi perkongsian yang sama rata di antara LWL, LHL, LHY.

– Hal ini tidak diketahui oleh LWL dan LHL.

– Hanya 23 minit setelah emel ini dihantar, LHY membalas emel LSF, sambil mengeluarkan peguam Encik Lee iaitu Puan Kwa Kim Li (“KKL”) sebagai penerima emel. Dalam emel LHY untuk Encik Lee, dia menyatakan bahawa dia tidak dapat menghubungi KKL, dan tidak wajar untuk Encik Lee menunggunya. Dia sarankan Encik Lee untuk memberi tanda tangannya pada wasiat terakhir.

– Apa yang tidak jelas adalah:

> Apakah usaha-usaha LHY untuk menghubungi peguam KKL?, dan juga

> Mengapa Encik Lee perlu memberi tanda tangannya dengan segera?

– Wasiat yang pertama hingga keenam semuanya disiapkan oleh peguam KKL, tetapi wasiat terkakhir (yang ketujuh) disiapkan oleh LSF dan rakan-rakan kongsinya.

– Dengan persetujuan Encik Lee dengan saranan LHY ini, keesokan harinya, pada 17 Disember 2013, LSF menghantar dua peguam ke rumahnya di 38 Oxley Road, untuk mendapatkan tanda tangannya. Mereka tiba pada jam 11.05 pagi, dan pulang pada jam 11.20 pagi.

– Dalam wasiat terakhir ini, apa yang mungkin Encik Lee tidak menyedari, klausa perobohan rumah dimasukkan kembali. Ini menimbulkan kesangsian yang besar kerana semasa penukaran wasiat yang dinyatakan dalam emel LSF pada akhir tahun 2013, hanya hal perkongsian eset yang dibicarakan, dan bukan klausa perobohan.

– Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa Encik Lee menyedari bahawa klausa perobohan rumah telah dimasukkan kembali dalam wasiat terakhir.

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments