Kes-Kes Penipuan Di Singapura Anda Perlu Tahu

Hal Ehwal Teh-Kini

Ramai sudah jadi mangsa kes penipuan di sini. Jangan terjebak seperti mereka.

Ini adalah kes-kes penipuan di Singapura kebelakangan ini yang anda patut tahu.

 

#1 Panggilan Dari ICA Minta Maklumat Peribadi

Jika ada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telefon anda untuk minta nombor pasport anda, jangan berikan! ICA sudah maklumkan bahawa pihak mereka tidak akan hubungi sesiapa menerusi telefon untuk minta maklumat peribadi. Menurut mereka yang terjejas, nombor panggilan palsu itu adalah “+65 6214 8427”.

 

#2 Penjualan Tiket Palsu Halloween Horror Nights USS

Mangsa diminta buat bayaran awal untuk tiket ‘Halloween Horror Nights’ dalam bentuk wang pendahuluan atau jumlah penuh. Wang itu dipindahkan kepada akaun bank tempatan. Selepas bayaran diberikan, tiketnya tidak dikirim dan penjualnya pula tidak dapat dihubungi. Ada mangsa yang dikirim tiket palsu dan mangsa hanya tahu apabila tidak dibenarkan masuk ke acara itu. Menurut polis, bilangan besar kes penipuan pembelian online diiklan di Carousell dan Facebook.

 

#3 Emel Bayaran Balik Cukai Dari IRAS

 Satu emel palsu dihantar kepada orang ramai dan dikatakan dihantar oleh Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (IRAS). Emel itu minta muat turun lampiran atau klik pada pautan yang diberikan untuk lihat bayaran balik cukai si mangsa. Ia minta mangsa pindahkan wang untuk tujuan cukai ke akaun bank lain dan berikan butiran peribadi lain seperti nombor akaun bank dan kata-kata laluan. Penipu tersebut gunakan alamat emel tiruan yang berakhir dengan @ iras.gov.sg. Pihak IRAS beri amaran bahawa pihaknya tidak akan hantar emel rasmi daripada akaun emel peribadi dan juga tidak akan minta maklumat peribadi melalui emel.

 

#4 Emel/Panggilan Telefon Dari SIA Tawarkan Tiket Percuma

Jangan terpedaya jika anda terima emel atau panggilan dari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) tawarkan tiket percuma sempena ulang tahun ke-70 nya. Terdapat juga lelaman palsu yang serupa miripnya dengan laman rasmi SIA yang maklumkan pelanggan dipilih untuk cabutan bertuah atau sudah pun menang tiket penerbangan. Penipu di belakang kes ini hanya ingin memperolehi maklumat peribadi pelanggan SIA. Menurut kenyataan SIA, komplot penipu ini dapat ubah nombor telefon mereka supaya sama dengan nombor telefon syarikat SIA.

 

#5 Penyamar Pegawai Pemerintah

Ada orang yang menyamar sebagai pegawai Pemerintah dan pergi dari rumah ke rumah untuk promosikan Kredit SkillsFuture sejak Julai lalu. Menurut polis, penipu-penipu ini sasarkan golongon warga emas. Selain maklumat SingPass, mangsa juga diminta serahkan telefon bimbit mereka serta token OneKey. Ramai yang bersetuju sahaja dan para penipu mendaftar kursus-kursus dengan Kredit SkillsFuture mangsa tanpa diketahui.

 

#6 Berkenalan Di Facebook

Awal tahun ini, ada golongan penipu yang berkawan dengan mangsa menerusi Facebook. Selepas undangan sebagai rakan mereka diterima, mereka akan minta nombor telefon mangsa dan khidmat telefonnya. Mereka gunakan maklumat itu untuk beli kredit permainan online atau kad hadiah secara online.

 

Bagaimana Mencegah Kes Penipuan?

Jangan berikan apa-apa maklumat peribadi, butiran SingPass, telefon bimbit mahupun token kepada orang yang tidak dikenali. Periksa pas pengenalan seseorang yang mendakwa sebagai pegawai Pemerintah untuk hubungi agensi berkenaan supaya dapat kenal pasti orang tersebut.

Beli barang produk hanya daripada penjual berlesen dan beri perhatian kepada terma dan syarat penjualan itu. Jika bayaran awal diperlukan, guna platform beli-belah yang sediakan aturan supaya wang dipindahkan kepada penjual sebaik saja barangan diterima.

Untuk nasihat berkaitan penipuan, hubungi talian bantuan 1800-722-6688 atau layari www.scamalert.sg. TehTarik harap orang ramai dapat sebarkan artikel ini supaya kita semua tidak akan jadi mangsa kes penipuan.

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments