Kerja Peningkatan Demi Melestarikan Masjid Wak Tanjong

Hal Ehwal Teh-Kini

Berkorban merupakan satu sifat yang murni dan disanjung tinggi.

Allahyarham Wak Tanjong, telah berkorban masa dan tenaga untuk membina sebuah masjid kayu – dipercayai pada tahun 1930-an – di tapak bangunan Masjid Wak Tanjong yang dilihat hari ini di Paya Lebar Road. Masjid ini sudah berusia hampir seabad.

“Alhamdulillah, pengorbanan Allahyarham Wak Tanjong dapat dinikmati sehingga hari ini dan telah memberi manfaat kepada ribuan jemaah. Apa pun bentuk pengorbanan yang disumbangkan beliau, ia telah memberikan kesan yang amat positif kepada landskap kehidupan kida di Singapura,” kata Pengerusi Masjid Wak Tanjong, Encik Zafaran Khan.

Kini, masyarakat dialu-alukan supaya meneruskan pengorbanan dan perjuangan yang dimulakan Allahyarham Wak Tanjong. Masjid Wak Tanjong sedang menjalani kerja peningkatan bagi memberikan pengalaman beribadah yang lebih baik untuk semua.

Masjid ini juga akan disiapkan dengan lif untuk memudahkan golongan wanita, khususnya warga emas, ke ruang solat di tingkat dua. Selain itu, tandas, tempat wuduk, permaidani baru, ruang solat yang lebih besar dan alat hawa dingin juga akan disediakan.

Encik Zafaran Khan juga memohon maaf kepada jemaah kerana ruang masjid yang agak terhad buat masa ini atas kerja peningkatan yang dijalankan.

Mereka yang ingin menderma ke Masjid Wak Tanjong boleh lah:

  • Ke pejabat Masjid Wak Tanjong di 25 Paya Lebar Road, berdekatan stesen MRT Paya Lebar
  • Menulis cek atas nama: ‘LPM Wak Tanjong’ dan kirim ke 25 Paya Lebar Road, Singapura 409004
  • Lakukan pindahan bank ke OCBC Current Account No. 5818-0894-6001
  • Derma dari rumah (jumlah minimum $200), hubungi 67472743

Sumber: Berita Harian

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments