Kereta McLaren dan Teksi Comfort Berlanggar Di Yishun

Hal Ehwal Teh-Kini

Kereta lumba McLaren dan teksi biru ComfortDelGro berlanggar di Yishun Avenue 1 menghala ke Yishun Avenue 8 pukul 4 pagi tadi. Kedua-dua pemandunya dibawa ke hospital Khoo Teck Puat.

Berikut adalah video tersebut:

 

Gambar dan video kejadian itu disebar online. Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk dan dilihat berada di laluan jalan kaki, dikelilingi serpihan kereta hancur. Kes ini masih disiasat pihak polis.

 

TehTarik ingin ingatkan semua untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya. Tak kira pada waktu siang atau malam, jika anda seorang pemandu ataupun tidak. Jangan ingat waktu lewat malam itu selamat untuk pecut atau lalai apabila seberang jalan. Berjaga-jaga jika jalan raya licin akibat hujan.

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments