Kenapa Facebook Page Melayu Kita Kena Ada ‘Admin’ Dan Undang-Undang?

Sembang-sembang je

Semalam, TehTarik baca satu status Facebook yang katakan seorang admin Facebook Group tempatan terlalu “agresif” dengan cara dia mengawal kandungan postnya.

Admin dalam Bahasa Melayu adalah ‘pentadbir’. Apa makna pentadbir? Seseorang yang bertugas untuk mengurus dan mengawal dasar, fungsi dan perjalanan sesebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dia harus mengelolakan dan memerintah.

Hujung minggu lalu, Encik Zainal Sapari (Ahem.. Dia Anggota Parlimen Singapura) muatnaikkan status mengucapkan tahniah kepada sepasang pengantin.

Ini petikan skrin ucapan itu:

Status ini pula dikongsi sebuah Facebook page tempatan dan disertakan dengan kata-kata ini…

Yang muatnaikkan gambar-gambar itu ialah Encik Zainal Sapari. Dia hadir sebuah majlis kahwin. Di majlis itu, Encik Zainal dapat tahu yang baru digelar suami itu adalah anak saudara kepada Encik Khair (Ahem… Dia admin Facebook Group ‘Halal Café & Restaurants In Singapore’. Mereka pun ambil gambar bersama macam semua abang-abang, kakak-kakak, makcik pakcik Melayu kita bila pergi jemputan.)

Tiba-tiba Encik Khair dikecam sebab berkawan dengan Encik Zainal. Jadi, status ini pun rasa Encik Khair juga berkawan dengan menteri-menteri dan anggota parlimen lain. Ini semua dikaitkan pula dengan cara dia urus Facebook Groupnya kerana Encik Khair kuatkuasakan peraturan untuk sediakan bukti kukuh sebelum menulis sebarang post di Facebook Groupnya.

Topik ini dibesar-besarkan sampai si pengantin pun datang komen…

 

Komen-komen dari pengguna Facebook pun sama pandangan…

 

Encik Khair juga ambil peluang ini untuk jawab balik dan kini jawapannya telah dapat lebih 400 likes…

Dan pengikut Facebook Groupnya turut sokong…

 

TehTarik pun selidik sikit Facebook Group Encik Khair ini. Memang betul ada banyak peraturan sejak 2016 pun tetapi masuk akal juga lah sebab akaun Facebook itu mempunyai lebih 110,000 pengikut! Bayangkan kalau tiada undang-undang, semua main post sesuka hati…

Sebenarnya, TehTarik bukan admin yang sempurna seratus peratus. Manusia mana lepas dari kesilapan, kan? Tetapi, TehTarik rasa Encik Khair berhak untuk lakukan apa yang dirasa patut. Lebih-lebih lagi kerana lelamannya itu tentang isu sensitif – tempat makan halal di Singapura. Dia kawal betul-betul supaya orang ramai dapat maklumat tepat dan terkini.

Setiap Facebook page perlu ada sekurang-kurangnya seorang pentadbir untuk mengawal kandungan yang disebarkan online. Dalam dunia ‘fake news’ ini, mudah bagi pengguna Facebook untuk menipu dan lebih mudah lagi untuk pengguna Facebook lain terpedaya. Menjadi seorang admin juga satu amanah yang harus dijaga. Jangan sampai pengguna Facebook berbangsa lain cakap kita orang Melayu makan Melayu sendiri.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments