Keluhan warga emas bertukar menjadi senyuman. Terima Kasih Courts!

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Alhamdulillah, Ramadhan sudah pun tiba.

Kepada mereka yang rasakan hidup tidak tentu arah, Ramadhan kembali memberi peluang untuk membangkitkan diri.

Kita sering diingatkan – jangan tinggalkan solat, selalu berzikir, solat tarawih dan sebagainya…

Tetapi, bagaimana pula dengan hubungan kita bersama orang sekeliling, terutama sekali mereka yang lebih memerlukan?

Cukupkah kita beribadah sahaja tanpa menunjukkan ihsan kepada golongan ini?

 

COURTS CHARITY HOME

Program Courts Charity Home merupakan satu usaha oleh Courts, dengan kerjasama CCSS (Persatuan Perkhidmatan Jagaan Masyarakat). Ia berjaya mengumpul sebanyak $24,000 untuk perbelanjaan keperluan dan peralatan rumah bagi membantu 22 warga emas dan individu berpendapatan rendah yang menginap di rumah sewa.

Jumlah ini tidak termasuk $6,000 yang dikumpulkan para pekerja Courts. Semuanya didermakan langsung kepada para penerima program semasa acara iftar khas bersama Encik Ben Tan, Ketua Eksekutif Courts Singapura, Puan Beatrice Kang, Naib Presiden CCSS dan 14 pekerja Courts.

 

 

“Pada bulan Ramadan ini, kami rasa berbesar hati untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, dengan memenuhi keperluan dan kelengkapan rumah bagi warga emas berpendapatan rendah supaya mereka dapat menyambut Syawal bersama keluarga tersayang,” kata Encik Ben Tan.

Bagi Puan Beatrice Kang pula, sumbangan derma dari Courts merupakan masa terbaik bagi membantu warga emas untuk mempersiapkan diri menjelang Hari Raya.

 

RUMAHKU, SYURGAKU

Rumah merupakan tempat berteduh yang memberi keselesaan dan ketenangan.

 

Bagi Encik Syed Hassan, beliau hidup serumah dengan isterinya yang mengalami penyakit tiroid dan osteoporosis.

Beliau membanting tulang selama 10 jam sehari sebagai pemandu teksi bagi membiayai kos perubatan isteri beliau.

Malangnya, lama-kelamaan pencari nafkah tunggal ini menghadapi cabaran menampung seluruh kos perbelanjaan yang tinggi.

Dengan membekalkan hanya $40 sehari, Encik Syed tidak mampu menggantikan peralatan rumah seperti televisyen dan dapur masak yang sudah rosak.

“Dapur meletup-letup, tengah masak bunyinya kuat. Isteri saya beritahu, dapur masak perlu untuk lebaran akan datang. Dia boleh masak sambal goreng.”

 

 

Impian menjadi kenyataan bagi Encik Syed apabila Courts mendermakan televisyen, dapur masak serta kipas supaya dapat melengkapkan rumah mereka.

Beliau mengucapkan, “kita banyak-banyak berterima kasih dengan barang ini… kita boleh juga masak sedikit”.

 

28 CUCU, 9 ANAK, 1 HARAPAN

Puan Tumi merupakan ibu kepada 9 orang anak dan mempunyai 28 cucu. Hidup bersendirian merupakan satu pergelutan baginya yang menghidapi penyakit darah tinggi dan kolestrol tinggi.

Sayangnya, kos perubatan yang tinggi ini telah menghindari beliau daripada membeli peralatan rumah yang baru.

 

Courts telah memberikan Puan Tumi set meja makan, televisyen dan kipas baru. Beliau sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menggantikan set meja makan lama yang sudah digunakan selama lebih 20 tahun.

Beliau berharap ia dapat melahirkan suasana lebih ceria apabila seluruh keluarga beliau berkumpul di rumah beliau pada Hari Raya.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Courts kerana membantu hias rumah untuk Hari Raya,” kata Puan Tumi.

 

PERSIAPAN RAYA YANG LENGKAP

Tidak dapat dinafikan bahawa beribadah itu sangat penting dalam bulan yang mulia ini. Namun, janganlah kita membutakan mata dan hati kepada mereka yang memerlukan.

Atas sumbangan Courts dan CCSS, kini warga emas seperti Encik Syed Hassan dan Puan Tumi dapat menjalankan bulan Ramadan dengan lebih tenang. Sumbangan ini dapat memberi semangat perayaan bagi warga emas menjelang Hari Raya.

 

Alhamdulillah.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments