KECOH – Penceramah Ngee Ann Poly Kunci Pintu Dari Dalam, Pelajar Tidak Dibenarkan Masuk

Sembang-sembang je

Seorang pelajar Politeknik Ngee Ann tidak puas hati apabila dia datang lambat bersama rakan-rakannya dan tidak dibenarkan masuk kelas. Ini berlaku pada 8 Januari, jam 9 pagi, ketika cuaca hujan lebat hingga banjir kilat menjejas beberapa kawasan di seluruh Singapura.

 

Katanya, dia lambat disebabkan trafik jalan raya. Apa lagi, dia pun ambil pula gambar ‘wefie’ bersama rakan sekelas lain yang tidak dibenarkan masuk dan muatnaikkan kisahnya ke Facebook.

 

 

Sumber: Facebook/Charlton Tan

 

Sumber: Facebook/Charlton Tan

 

Akhirnya, mereka dapat juga masuk ke kelas… Jadi kenapa pelajar bernama Charlton Tan ini masih bingit?

Dia rasa tidak bersalah kerana kadang-kala kita bukan sengaja lambat tetapi keadaan sekeliling, seperti cuaca teruk, yang menentukan. Hukuman tidak dibenarkan masuk kelas pula tidak adil bagi pelajar yang benar-benar ingin tambah ilmu. Menurut Charlton, kalau boss datang kerja lambat, pekerjanya tidak akan kunci pintu pejabat. Hak sama juga perlu diberikan kepada para pelajar.

 

Teman-teman Facebooknya juga turut sokong…

 

Ada sampai panggil berita surat khabar lagi…

 

Ada pelajar yang kongsi pengalaman malang bersama penceramah yang sama. Pelajar ini ceritakan bagaimana penceramah itu hantar emel agresif apabila pelajar-pelajar datang lambat…

 

Jadi sekarang, siapa yang salah? Pada TehTarik, penceramah itu memang berhak kunci pintu kelas jadi pelajar yang datang tepat pada waktu boleh fokus tetapi bila mereka yang datang lambat beri sebab munasabah, izinkan mereka masuk. Pelajar politeknik ini bukannya muda sangat. (Dah tak pakai uniform pun…) Mereka harus bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri.

 

Bagi Charlton Tan, brother kita ni marah sangat sampai dia kongsi gambar-gambar dan kisahnya di media sosial. Bukan salah, tetapi kena fikirkan juga tentang reputasi sekolahnya, penceramah itu dan dirinya sendiri. Bagaimana tindakannya itu cerminkan orang sekelilingnya?

 

Tentang sifat datang awal dan tepat pada waktu itu, semua pasti tahu ini satu tabiat yang baik. (Lain kali kalau lambat, jangan korang cakap janji Melayu pula eh!)

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments