Kebakaran di Lapangan Terbang Changi Terminal 2

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Sebuah kebakaran berlaku di Lapangan Terbang Changi Terminal 2 pada 16 Mei 2017. Menurut jurucakap Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), penggera kebakaran telah diaktifkan sekitar 5.40 petang kerana asap dilihat di lubang udara T2. Orang ramai juga dipindahkan ke landasan terbang demi keselamatan.

Sumber Gambar: Channel News Asia

 

Pada 6.45 petang, Lapangan Terbang Changi memberitahu orang awam bahawa situasi tersebut dikawal dan sebab kebakaran telah diketahui. Semua penerbangan di Terminal 2 terpaksa ditunda dan dialihkan ke Terminal 3.

 

Sumber Gambar: Yahoo! News

 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi kebenaran untuk T2 meneruskan operasi penerbangan sekitar jam 10.50 malam. Menurut CAG, sebanyak 40 penerbangan telah ditundakan. Dua orang telah dihantarkan ke hospital kerana menghidu asap dan empat telah dihantarkan ke klinik Terminal 3. Lapangan Terbang Changi kembali beroperasi dengan biasa pada jam 3 pagi tadi. Penerbangan pertama yang berlepas dari Terminal 2 pagi tadi adalah IndiGo 6E54.

 

 

Lapangan Terbang Changi dan SCDF memang patut diberi cawan TehTarik yang banyak kerana mengatasi situasi ini! #Respect!

Walaupun terdapat banyak penerbangan yang terpaksa ditundakan, mereka tetap bekerjasama dengan khidmat-khidmat penerbangan supaya boleh meneruskan penerbangan dengan segera untuk para penumpang.

Orang ramai boleh membaca siaran media oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi di sini: https://goo.gl/tZPjGJ

 

Sumber: Channel News Asia dan Yahoo! News

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments