Kasih Seorang Ayah

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Selalunya, kita ke restoran makanan segera untuk mengenyangkan perut sambil bersembang bersama rakan-rakan. Tetapi, buat seorang ayah dari negeri Filipina, makanan segera dilihat sebagai tanda sayang buat kedua-dua anaknya.

Ayah tersebut, Encik Ryan Arebuabo, seorang penyakit strok yang tinggal di kawasan yang sesak dan kotor di Manila bersama dua cahayamatanya yang berusia enam dan lapan tahun.

Minggu lalu, seorang pengguna laman web dari negeri tersebut telah memuat naikkan gambar yang menunjukkan anak-anak Arebuabo sedang menikmati makanan Jolibee. Gambar tersebut telah menjadi viral di laman-laman sosial.

Pengguna laman web itu juga telah mengongsi kisah Arebuabo bersama gambar tersebut. Dia mengongsi bahawa ayah tunggal itu telah mengikat perutnya supaya anak-anaknya boleh menikmati ayam goreng.

 

“Ini adalah sebuah gambar yang menunjukkan kasih seorang ayah. Gambaran yang amat mulia,” kata Encik Jhunnel Sarajan dalam laman Facebooknya. Dia juga telah menambahkan beberapa maklumat untuk para pengguna laman web yang ingin bantu Arebuabo dan anak-anaknya.

Berdasarkan ABS-CBN News, ayah prihatin itu telah membawa anak-anaknya ke restoran segera petang itu untuk menyambut kejayaan anak bongsunya yang sudah tamat pengajian di tadika. Dan sementara si anak menikmati makanan yang dihidangkan, Arebuabo hanya melihat mereka menjamu selera. Nampaknya beliau kenyang dengan rasa kasih dan sayang.

Bagi TehTarik, kasih seorang ayah tiada batasan. Mereka hanya ingin yang terbaik untuk anak-anak dan sanggup lakukan apa sahaja supaya keluarga mereka mempunyai masa depan yang cerah. Ayah juga sanggup menitiskan peluh setiap hari supaya anak-anak mempunyai kehidupan yang lebih selesa. Susah macam mana pun kehidupan seorang ayah, dia tetap akan senyum di depan anak-anaknya.

Sayangilah ayah kerana beliau adalah seorang yang berhati mulia.

Bak kata perpatah; kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

 

Sumber: AsiaOne

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments