Kampong Glam Nak Jadi Kampong Moden

Hal Ehwal Teh-Kini

Kawasan kejiranan Kampong Glam yang penuh dengan sejarah warisan akan diubahsuai secara digital dan khidmat-khidmat baru dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

 

Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim katakan hari ini bahawa antara inisiatif utama adalah sistem tempat jualan yang akan bantu pemilik gerai terima bayaran tanpa wang. Data dikumpul menerusi sistem ini boleh bina senarai profil pelanggan supaya pemilik gerai dapat melancarkan strategi promosi yang berkesan. Sistem ini akan diperkenalkan dengan kerjasama StarHub.

 

Perniagaan-perniagaan di daerah Kampong Glam juga akan disenaraikan online seperti di Google Maps dan Apple Maps, termasuk rakaman 360 darjah bagi setiap gerai terlibat. Usaha ini akan berikan mereka lebih pendedahan dan menarik lebih ramai pelanggan.

 

Grab juga akan berganding bahu untuk tampilkan khidmat bayaran tanpa wang dan berusaha supaya kawasan Kampong Glam lebih mudah didatangi. Khidmat bayaran GrabPay juga akan dilancarkan bagi lebih 600 peniaga secara berperingkat.

 

Realiti Tambahan (Augmented Reality) atau AR pula akan dikenalkan kepada pengunjung Kampong Glam. Melalui aplikasi telefon, pengunjung boleh melihat diskaun terdapat di sesebuah gerai hanya dengan melihat promosi “overlay” secara virtual di hadapan gerai-gerai di kawasan itu pada masa nyata. Ciri digital ini juga akan bantu lancarkan ‘Heritage Trail’ yang boleh diikuti para pengunjung.

 

Pemilik gerai juga boleh gunakan aplikasi telefon untuk menghantar barang beli-belah kepada lokasi yang ditentukan oleh pembelinya. Mereka boleh merancang waktu mengambil barang dan waktu penghantarannya. Melalui aplikasi itu juga, mereka boleh pantau dan pastikan barang yang dibeli selamat dihantar ke pelanggan mereka.

 

Usaha untuk digitalisasikan sektor perniagaan, bermula dengan Kampong Glam ini, diumumkan dalam sesi di perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) hari ini.

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments