Kalau ada sebuah pergaduhan, apa anda akan lakukan?

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Adakah anda akan elakkan diri dari tempat itu? Merakam sebuah video ataupun cuba menghentikannya?

Harap dijadikan contoh. Baca kisahnya di https://goo.gl/mxXU6v#tehtarik #tehtariksg #malay #melayu #singapore #singapura #fighting #pergaduhan

Posted by TehTarik.sg on Sunday, 26 March 2017

 

Sebuah video viral yang sudah ditonton lebih daripada 28 juta kali, telah membuat seorang pemuda terkenal. Ibn Ali Miller, dari Atlantic City, New Jersey, telah menghentikan pergaduhan antara dua remaja. Bukan itu sahaja, dia juga mengajak mereka berbual dan bersalaman. Perbuatannya mendapat banyak pujian dari netizen.

Dia juga telah dipuji oleh Dewan Undangan Negeri dalam acara penghormatan. Tetapi apa yang memeranjatkan…Miller memberi kata-kata terima kasih terhadap ibunya yang telah mendidik dan membesarkannya.

“Bila kita masih kecil, dia akan meletakkan ‘pretzel sticks’ di atas meja. Katanya, ‘pretzel sticks’ itu adalah jalan yang menuju ke arah yang betul, dan ruang lain di meja itu adalah jalan yang bertentangan. Dan ia amat susah untuk berada dalam perjalanan yang betul,” kata Miller.

Ramai di antara kita tidak berani untuk menghentikan sebuah pergaduhan. Ada yang akan ketawakan dan merakam video sekadar untuk hiburan atau perbualan kosong dengan kawan-kawan. TehTarik tabik dengan tindakan Miller yang bukan sahaja berani kerana benar, tetapi juga merendah diri dengan memuji ibunya yang menjadi pembimbing hidupnya.

Sumber: 6abc.com

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments