Jemaah Umrah Dinasihatkan Bertanggungjawab Ketika Beriktikaf

Hal Ehwal Teh-Kini

Bagi para jemaah umrah yang ingin beriktikaf (luangkan masa lama di masjid untuk beribadah), mereka hanya boleh lakukannya di aras bumbung Masjid Nabawi di Madinah. Ruang solat di lantai pertama masjid itu hanya boleh digunakan oleh jemaah yang ingin solat. Ruang beriktikaf itu mampu menampung sekitar 10,000 jemaah dalam bulan Ramadan di pertengahan Mei ini.

Menurut pengerusi jawatankuasa di Madinah, Putera Faisal Bin Salman, kita perlu tangani sikap jemaah yang tidak bertanggungjawab, terutamanya di Masjid Nabawi. Beliau tekankan bahawa sesetengah jemaah suka membawa masuk barang-barang ke dalam masjid dan meletakkannya sebarangan.

Ini akan menyusahkan jemaah lain, lebih-lebih lagi apabila mereka bentangkan tikar dan berehat ketika beriktikaf di kawasan masjid yang dikhaskan untuk jemaah lain bersolat. Tindakan ini sebenarnya melanggar garis panduan ditetapkan bagi mereka yang ingin beriktikaf.

Putera Faisal juga telah mengarahkan pertubuhan satu pasukan kerja untuk merancang sistem pengawalan proses pendaftaran para jemaah yang berhasrat untuk beriktikaf di Masjid Nabawi. Sebelum ini, Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci juga telah kenalkan satu kaedah online bagi jemaah yang ingin beriktikaf di besmen Masjidil Haram.

Iktikaf merupakan satu ibadah di mana jemaah akan bermalam di masjid pada 10 hari terakhir Ramadan dan ia merupakan sunnah Nabi Muhammad. Waktu iktikaf itu digalakkan untuk membaca Al Quran, solat dan memohon supaya diberkahi Allah. Nasihat bagi para jemaah adalah supaya mereka sentiasa menjaga kebersihan dan kesucian masjid serta tidak mengganggu jemaah lain.

Sumber: Berita Mediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments