Jalan-Jalan Utama Johor Akan Ditutup Dan Pengguna Jalan Raya Singapura Dinasihatkan

Hal Ehwal Teh-Kini

Jalan-jalan utama di bandar raya Johor Bahru akan ditutup secara berperingkat untuk Perarakan Chingay 2018 pada Khamis ini.

Penutupan Peringkat Satu bermula pukul 3.30 hingga 5.00 petang di:

  • Persimpangan Jalan Gertak/Jalan Dato Menteri
  • Jalan Ayer Molek

Penutupan Peringkat Dua bermula pukul 5.00 petang hingga 3.00 pagi di:

  • Jalan persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Chat/Jalan Abu Bakar
  • Jalan Ayer Molek/Gertak Merah dan persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Onn/ Jalan Ayer Molek
  • Jalan Wong Ah Fook
  • Jalan Meldrum
  • Jalan Siu Chin
  • Pusingan ‘U’ Jalan Tun Sri Lanang
  • Jalan Station
  • Jalan Abu Bakar
  • Susur Lingkaran Dalam/Jalan Abu Bakar

Pengguna jalan raya dari Singapura yang menuju ke kawasan bandar dinasihatkan untuk menggunakan laluan Jalan Skudai – Jalan Lingkaran Dalam – Jalan Skudai (Pantai Lido) ataupun laluan Kota Tinggi – Kuala Lumpur – Lebuhraya EDL.

Pengguna yang menuju ke Hospital Sultanah Aminah pula disarankan melalui Jalan Skudai – Jalan Pantai Lido. Pengguna dari Jalan Datin Halimah boleh menggunakan Jalan Kolam Air – Jalan Thompson – Jalan Abu Bakar manakala pengguna dari Kota Tinggi melalui Lebuhraya EDL – susur Jalan Abu Bakar – Jalan Lingkaran Dalam.

Kawalan keselamatan juga diarahkan di kawasan Jalan Lingkaran Dalam/Mahmoodiah bagi mengelakkan kejadian kemalangan.

Sambutan perayaan Chingay akan bermula hari ini (6 Mac) hingga Jumaat (9 Mac). Ia dijangka akan menarik seramai 600,000 orang pengunjung dengan 100,000 orang peserta dalam perarakan itu.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments