Insurans Kesihatan Penting Demi Hidup Selesa

Sembang-sembang je

“Bayar bil hospital gunakan wang simpanan sudah lah.”

 

“Buat apa nak insurans lain, kan dah ada Medisave.”

 

Itu antara sentimen beberapa warga Melayu di Singapura terhadap insurans. Ada di antara kita yang masih mempunyai pandangan buruk, terutamanya warga lebih tua yang pernah mengalami zaman ejen insurans sering menipu untuk mencuri wang. Memang wajar kita was-was apabila menjaga wang simpanan kita. Tetapi kini kepentingan mendidik diri tentang landskap insurans kesihatan di Singapura tidak boleh diabaikan. Kesan manfaatnya luas bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga bagi ahli keluarga.

 

Jenis insurans yang kerap diambil adalah:

  • Insurans hayat; Penuntut bakal menerima jumlah wang terjamin jika hilang daya upaya secara kekal atau sakit kritikal
  • Insurans kesihatan; Beban kewangan penuntut bakal diringankan jika mengalami kemalangan, penyakit atau ketidakupayaan
  • Insurans umum; Penuntut bakal menerima perlindungan kewangan jika berdepan dengan kehilangan atau kerugian, seperti kerosakan harta benda
  • Insurans pelaburan

 

(Sumber: Seedly.sg)

 

#1 Masalah Penyakit Kronik
Merujuk kepada artikel The Straits Times, satu daripada empat warga Singapura berusia 65 tahun dan lebih mengalami penyakit kronik. Mereka yang ditimpa barah, strok atau kejutan kesihatan utama lain harus memikul beban perbelanjaan rawatan medikal yang berterusan.

 

Jika kesihatan kita terjejas, bagaimana kita mampu bekerja seperti biasa dan teruskan kehidupan selesa? Sebab itu, menumpu perhatian kepada insurans kesihatan sebagai asas portfolio insurans anda adalah langkah pertama yang digalakkan.

 

#2  Warga Melayu Golongan Paling Tidak Sihat

 

(Sumber: The Asian Parent)

 

Bila berbual tentang kesihatan, masyarakat Melayu tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik. Penyelidikan oleh pendaftaran penyakit kebangsaan dedahkan bahawa bilangan tertinggi pesakit kencing manis, pesakit kegagalan buah pinggang, serta mereka yang mengalami serangan jantung dan strok, datang daripada golongan Melayu. Tambahan itu, 24.4 peratus orang yang menjalani dialisis adalah orang kita, walaupun populasi kita hanya 13.5 peratus daripada jumlah penduduk Singapura.

 

(Sumber: MensHealth.com.sg)

 

Tambahan lagi, kos rawatan di Singapura bukannya murah. Sesi dialisis tanpa subsidi setiap bulan berharga antara $2,000 dan $3,000. (Oh, korang kata ada Medisave eh? Kalau nak bergantung pada Medisave, sebanyak $450 sahaja yang boleh dikeluarkan sebagai subsidi. Baki $1,550-$2,550, mana nak cari?)

 

Jika tidak bersikap proaktif untuk cuba menolong diri sendiri dahulu, besar kemungkinan bantuan dan berkat tidak akan datang begitu sahaja. Jadi, pendaftaran untuk insurans kesihatan adalah satu langkah bagi mempersiapkan diri untuk menangani kos rawatan tinggi supaya tidak bebankan keluarga tersayang.

 

#3 Cara Pemakanan Yang Tidak Sihat

 

(Sumber: Stringer, REUTERS)

 

Tentunya, ada di antara kita yang tetap mengutamakan jiwa budaya daripada kesihatan, menurut sebuah artikel oleh TODAY Online. (Bukan nak kata jiwa budaya itu tak penting langsung, mohon jangan salah faham ye.) Ayam penyet dikatakan tidak tulen jika tidak digoreng celur dan roti prata dikatakan tidak lazat jika tidak diselubungi ghee. Penggunaan sedikit minyak, garam atau sos dianggap mustahil jika ingin memasak makanan tradisional Melayu.

 

Masalah ini menjadi desak sehingga pemerintah Singapura, menerusi Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), ambil keputusan untuk lancarkan kempen “Korang OK? Kurangkan OK?”, yang bertujuan menggalak kita kurangkan kadar gula, garam, minyak dan lemak serta saiz hidangan seharian kita.

 

TehTarik percaya… Dengan mengambil insurans kesihatan, kita berusaha untuk mengatasi kebanyakan ataupun segala masalah kewangan yang mampu muncul akibat kos rawatan (Inshaa Allah, amin!) supaya hidup kita sekeluarga tidak terlalu terjejas. Bincangkan niat anda bersama seorang penasihat insurans dan buat penyelidikan sendiri juga ya?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments