Insurans – Halal Ke Tak?

Sembang-sembang je

Dahulu, banyak kes penipuan wang berlaku yang telah menconteng arang ke muka ejen-ejen insurans lain yang mungkin berniat baik. Namun, adegan insurans sekarang jauh berbeza dibandingkan dahulu dengan undang-undang ketat yang dikuatkuasakan dan pemantauan kerap oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

 

Walaubagaimanapun, tetap ada perbahasan tentang insurans dari sudut ugama. Adakah ia halal atau haram?

 

APA ITU ERTI ‘HALAL’?

 

Untuk mengesahkan bahawa sesuatu pelan insurans itu halal, ia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

 

  1. Riba

  • Maksud: Pembayaran atau penerimaan faedah dilarang sama sekali.
  • Asal Usul: Ayat 275 dalam Surah Al-Baqarah, al-Quran.

 

  1. Maysir

  • Maksud: Segala bentuk perjudian, termasuk Qimar iaitu berjudi dengan mempermainkan nasib, juga dilarang.
  • Asal Usul: Ayat 90 dalam Surah Al-Ma’idah.

 

  1. Gharar

  • Maksud: Tidak boleh wujud sifat ketidakpastian.
  • Asal Usul: Ayat 29 dalam Surah An-Nisa & Ayat 188 dalam Surah Al-Baqarah.

 

Setelah membuat penyelidikan yang teliti dan mendapati sesuatu pelan insurans itu memenuhi ketiga syarat berikut, ia boleh dikatakan sebagai mematuh undang-undang Shariah.

 

MEMAHAMI SEBAB KITA PERLU INSURANS

 

 

Mengikut nasihat Muhammad Faqihuddin, seorang perunding kewangan dari Taqwa Wealth yang merupakan salah satu daripada beberapa sahaja syarikat insurans Melayu/Islam yang beroperasi di Singapura, kita harus memahami dengan pasti apakah keperluan kita sebelum mendaftar untuk sebuah pelan insurans.

 

Adakah kita ingin menyiapkan diri dari segi kesihatan, kemalangan, kewangan, atau adanya sebab lain? Dengan penepatan keperluan-keperluan itu, baru lah kita dapat mencari jenis-jenis insurans yang memenuhinya. Kemudian, gunakan pemahaman ‘halal’ yang dijelaskan awal tadi sebagai garis panduan untuk memilih pelan yang paling sesuai untuk diri anda.

 

MELABUR DENGAN PELAN TAKAFUL

(Sumber: HelmiHakim.com)

 

Jika ragu-ragu, pilih sebuah pelan Takaful. Ia adalah pelan yang terjamin halal kerana ia mengikut undang-undang Shariah dengan patuh. Merujuk kepada sebuah artikel oleh Helmi Hakim, seorang penasihat kewangan daripada NTUC Income yang terkenal dan dipercayai ramai, wang yang ingin dilabur akan masuk ke dalam Dana Takaful. Ia juga merangkumi perlindungan insurans.

 

Jika perkara buruk terjadi kepada kita, terutamanya kematian, kecacatan lengkap berkekalan, atau sejenis penyakit kritikal, wang halal daripada Dana Takaful akan diberi kepada pihak penerima.

 

Setakat ini, jawatankuasa Fatwa MUIS juga umumkan bahawa ia terpulang kepada diri masing-masing untuk memilih. Yang penting, seseorang itu harus berhati-hati dan berjaga-jaga dalam menentukan kadar darurat dan keperluannya juga.

 

Mungkin hakikat ini tidak begitu buruk juga kerana kita masih ada ruang untuk mengamalkan hak kita membuat pilihan terbaik bagi diri sendiri dan keluarga. Perkara yang amat sensitif dan peribadi seperti insurans ini adalah tanggungjawab besar yang kita sendiri harus menangani demi kestabilan pembiayaan hidup.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments