Inginkan keseimbangan pekerjaan dan hidup? Fikir dahulu.

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Pekerjaan merupakan sesuatu yang sering diburu oleh para siswazah yang baru tamat zaman persekolahan. Namun begitu, ramai menghadapi cabaran untuk mendapatkan pekerjaan yang boleh memberi keseimbangan dalam kehidupan.

Hasil penyelidikan Randstad Employer Brand Research 2017 menunjukkan bahawa keseimbangan pekerjaan dan kehidupan menjadi keutamaan para pekerja. Malangnya, syarikat-syarikat di Singapura melebihkan kewangan dan reputasi yang elok.

 

Sumber gambar: AsiaOne

 

Selain daripada keseimbangan kehidupan dan pekerjaan, faktor-faktor lain yang menunjukkan perbezaan yang luas di antara majikan dan pekerja-pekerja adalah jaminan pekerjaan tetap serta tempat kerja yang selesa.

Menurut Encik Michael Smith, pengarah urusan di Randstad Singapura, Malaysia dan Hong Kong, hasil penyelidikan ini telah membuktikan bahawa keseimbangan kehidupan dan pekerjaan merupakan salah satu kepentingan para pekerja.

“Tidak kira kalau syarikat-syarikat yang mempunyai kewangan yang mencukupi ataupun reputasi yang teguh, jikalau kehidupan dan pekerjaan mereka tidak seimbang, ini membuktikan bahawa para majikan harus berusaha untuk menyelidik supaya nama syarikat mereka tidak terjejas. Ini disebabkan syarikat-syarikat ini boleh kehilangan bakat-bakat yang telah menolong mereka untuk membina reputasi yang teguh dan mencapai kewangan yang stabil,” kata Encik Smith.

Bagi TehTarik, keseimbangan hidup dan pekerjaan amat penting bagi semua pekerja di luar sana. Ini disebabkan setiap pekerja perlukan ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. Selain itu, untuk kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi ini, ramai pekerja menghadapi tekanan untuk memberi yang terbaik dalam bidang masing-masing. Disebabkan tekanan ini, ramai pekerja menghadapi kesukaran untuk mengimbangi antara pekerjaan dan kehidupan.

Kita sering mendengar dari mulut orang ramai untuk “utamakan keluarga baru kerja,” tetapi bagaimana harus kita melaksanakannya jika setiap bidang memerlukan usaha yang banyak sehingga tergadai masa untuk keluarga tersayang?

Pihak kementerian Singapura harus membuat sesuatu supaya kita tidak kehilangan bakat-bakat anak muda yang kurang selesa untuk bekerja di Singapura. Jika isu ini dibiarkan, kita bukan hanya kehilangan bakat-bakat tanah air, malah kita akan mempunyai terlalu banyak pekerja asing yang mengambil alih pekerjaan-pekerjaan ini.

Apakah pandangan anda tentang isu ini?

 

Sumber: AsiaOne

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments