Hukuman Allahyarham Muhammad Ridzuan menarik pelbagai komen di media sosial

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Pada 20 Mei 2013, Abdul Haleem bin Abdul Karim dan Muhammad Ridzuan bin Mohd Ali telah dituduh oleh mahkamah kerana perdagangan heroin seberat 72.5g. Mengikut undang-undang Singapura, sesiapa yang ditangkap berdagang dadah seberat 15g akan dihukum gantung sampai mati.

Namun begitu, Haleem telah dihukum penjara seumur hidup dan disebat dengan rotan 24 kali manakala Ridzuan telah dihukum gantung sampai mati. Ini disebabkan Haleem diberi Certificate of Coorperation (COC).

Ridzuan kemudian meminta belas kasihan daripada presiden negara supaya tidak dihukum gantung sampai mati. Malangnya, presiden menolak permintaan tersebut dan Ridzuan dijadualkan untuk gantung sampai mati pada 19 Mei 2017, 6 pagi.

Sumber gambar: TheOnlineCitizen

Pada 17 Mei 2017, Peguam Allahyarham Ridzuan, Encik Eugene Thuraisingam, telah mengongsi pandangannya di Facebook.

 

Surat terakhir Allahyarham Ridzuan telah dikongsi oleh ramai di Facebook. Beliau menulis:

Khas buat kawan-kawan, sahabat-sahabat dan saudara seislamku yang dihormati.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Korang semua masih kenal & ingat aku lagi tak? Aku Ridzuan aka Mario lah. Aku doakan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga yang tersayang.

Masa berlalu cepat bila aku kat sini, padahal sama je bila kat luar.

Mungkin kerana hukuman yang berat ni buat aku punya mindset rasa time kat sini rasa laju, tak? Anyway apapun masa untuk aku untuk jumpa Allah S.W.T. dah dekat. Dari itu, aku ingin ambil kesempatan ini untuk mohon keampunan korang di atas segala salah & silap aku bila bersama korang dulu. Halakan makan & minum aku. Setiap yang hidup pasti mati. Alhamdulilah, aku dah usaha sedaya aku. Dan aku redha dengan ketentuan Allah S.W.T.

So, korang semuajaga diri baik-baik. Aku Cuma harap mohon keampunan korang. Doakan aku semoga pemergian aku berjalan dengan lancar. Kirim slaam pada semua yang kenal aku. Akhirkata salam sayang silaturrahim dari aku buat korang semua, brother, kawan, sahabat dan saudara seislamku… Kita jumpa lagi di kampung akhirat. Selamat tinggal semuanya. Wassalam.

 

Yang Ikhlas,

Muhammad Ridzuan Bin Md Ali

‘Mario’

 

Sumber gambar: Shasha Zali II

Pada 19 May 2017, ramai orang berkumpul di luar Penjara Changi, diketuai oleh seorang peguam hak asasi manusia, Encik M Ravi.

 

Sumber video: Syed Muhammad Aljunied

 

Berita ini telah menggegarkan seluruh Singapura dan ramai netizen telah mengongsi pandangan mereka. TehTarik telah mengumpul beberapa pandangan dari Facebook:

 

 

Bagi TehTarik, kami berasa pilu mendengar berita ini, terutama sekali apabila membaca surat terakhir ditulis oleh Allahyarham Ridzuan. Walaupun Allahyarham Ridzuan kini sudah tiada, kisahnya telah membawa masyarakat untuk bersatu. Kami juga mengharap bahawa orang muda di luar sana untuk tidak membuat kesilapan yang boleh menjejas kehidupan kita.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments