Harga Hartanah Yang Rendah Mungkin Ada Kos Yang Tersembunyi

Sembang-sembang je

Senario: Memandangkan tiga anak-anak Cik Lina Abdul mula menjangkau usia remaja, flat empat bilik yang mereka diami sudah mula terasa sempit. Justeru, pegawai perkhidmatan awam dan suaminya seorang karyawan IT memutuskan mencari kediaman yang lebih besar.

 

Mereka akhirnya mempertimbangkan sebuah rumah teres di bahagian timur Singapura.

 

Oleh kerana mereka mempunyai bajet terhad, Cik Lina dan suaminya memilih sebuah rumah berusia lebih 30 tahun yang kelihatan agak usang.

 

Biarpun harga rumah sedemikian lebih rendah berbanding yang lain di pasaran yang lebih baru, terdapat beberapa pertimbangan yang perlu difikirkan sebelum menandatangani perjanjian membeli hartanah.

 

Periksa cat plumbum

Jika anda membeli sebuah hartanah yang telah siap sebelum pertengahan tahun 1980-an, anda disarankan supaya menggunakan LeadCheck 3M untuk memeriksa cat.

 

Cat yang mengandungi plumbum hampir tidak lagi digunakan hari ini, kerana ia bahan toksik dan menimbulkan risiko kesihatan khusus kepada anak-anak muda dan orang tua.

 

Ia sering digunakan dalam perumahan yang dibina antara tahun 1950-an dan 1980-an. Sekiranya unit itu mengandungi cat plumbum, anda mungkin perlu mengambil kira kos mengerik cat lama dan mengecat semula.

 
Periksa lantai kayu

Jika lantai rumah diperbuat kayu, lihat di bawah tikar dan permaidani, yang sering digunakan untuk menyembunyikan kayu yang sudah reput. Perhatikan jika ada campuran warna atau ada warna yang luar biasa di lantai kayu (ini menunjukkan beberapa bahagian telah digantikan baru-baru ini).

 

Kayu boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Salah satu perkara yang perlu diperhatikan di Singapura adalah cendawan. Iklim lembap di negara ini menyediakan sekitaran yang sesuai untuk kulat, dan cendawan tumbuh di lantai atau bingkai pintu.

 

Sekiranya anda menghadapi masalah ini, anda tidak boleh memusnahkan kulat. Ia akan tumbuh semula dengan cepat, dan masalah itu boleh merebak ke bilik-bilik lain di dalam rumah.

 

Anda perlu mendapatkan kontraktor untuk mengeluarkan papan lantai atau bingkai pintu terjejas, dan menggantikannya sepenuhnya.
Anda juga perlu mempertimbangkan kos memasang lantai baru.

 

 

Bumbung bocor

Bagi anda yang ingin melabur dalam rumah sebandung atau ditingkat paling atas, pastikan bahagian atas rumah masih utuh. Periksa keadaan rumah semasa hujan lebat, air yang menitis daripada siling menandakan kemungkinan bumbung bocor atau perlukan pembaikan. Sertakan kos pembaikan bumbung dalam kiraan anda sebelum membuat keputusan.

 

Periksa akses Internet
Kebanyakan kediaman mempunyai soket jalur lebar atau kabel bagi Internet. Namun soket jalur lebar mungkin tidak wujud di sesetengah hartanah yang lama. Mujur kos memasang soket Internet mudah diperolehi dan kos memasang soket itu perlu dipertimbangkan.

 

Tempoh pajakan

Harga hartanah yang lebih rendah mungkin bermakna baki tempoh pajakan tinggal sedikit. Jika anda berhajat melabur dalam hartanah yang baki pajakannya kurang daripada 60 tahun, anda mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan jumlah pinjaman penuh kerana terdapat had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV). Menurut had LTV, jumlah maksimum yang boleh dipinjamkan bank bagi hartanah kedua ialah 55 peratus daripada harga penilaian atau harga pembelian, yang mana lebih rendah. Ini bermakna bagi rumah yang berharga $1 juta, pinjaman maksimum yang anda boleh dapatkan ialah $550,000.

Namun jika bank memutuskan baki pajakan terlalu pendek, peratusan maksimum pinjaman boleh turun hingga 50 peratus atau kurang.

 

Kerja penyenggaraan
Jika anda membeli sebuah kondominium lama, amat penting bagi memeriksa sama ada badan pengurusan kondominium menjalankan tugas menjaga kemudahan dan ruang umum hartanah tersebut.

 

Dalam sesetengah kondominium yang lebih tua, badan pengurusan tidak lagi menjalankan tugas dengan baik. Oleh kerana hartanah itu sudah lama, pihak pengurusan sekadar membiarkan prasarana umum menjadi usang.

 

Jika anda membeli kondominium yang lebih lama anda hanya boleh mengubahsuai unit anda sendiri. Anda tidak mempunyai kawalan ke atas penyelenggaraan kolam renang, gimnasium, rumah kelab, dan kemudahan lain.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments