Harga Barangan Semakin Naik

Hal Ehwal Teh-Kini, Santai @ Teh Tarik, Sembang-sembang je

HARGA BARANGAN SEMAKIN NAIK. KAMI ADA BEBERAPA TIPS UNTUK JIMAT BELANJA:

1. Buka 2 akaun bank. 1 akaun untuk perbelanjaan dan 1 lagi untuk simpanan. Akaun simpanan tu jangan ambil kad ATM dan simpanlah buku bank tu jauh-jauh. Lebih susah kita keluarkan duit dari akaun simpanan bank tu, lebih sedikit kita belanja.

2. Carilah barang-barangan 2nd-hand. Kita boleh jimat sehingga 50% jika kita gunakan barang 2nd-hand. Jangan malu pakai benda 2nd-hand.

3. Jangan beli kereta. Tak perlu. Kerana pengangkutan awam hari ini boleh membawa kita ke segala ceruk Singapura. Belanja tinggi bila ada kereta sendiri. Biasa-biasakan naik bas atau MRT.

4. Kurangkan minta duit hantaran yang tinggi & jangan minta jumlah yang bukan-bukan. Kasihan pengantin lelaki kena kumpul duit untuk hantaran yang tinggi. Biarlah pengantin lelaki simpan duit untuk perbelanjaan rumah dan anak-anak setelah bernikah. Itu lebih penting.

5. Lupakan Majlis perkahwinan yang besar-besaran. Pilihlah kehidupan berumahtangga yang sederhana.

6. Jangan ambil atau guna kad kredit. Kalau tak ada duit jangan beli benda tu. Elak berhutang.

7. Bawa bekal ke tempat kerja. Jangan buang makanan semalam yang masih baik.

8. Elakkan ‘café hopping’. Harga kopi di cafe jauh lebih mahal. Minum 3-in-1 lebih murah.

9. Nak tengok wayang? Pilihlah hari biasa menonton wayang atau kongsi melanggani khidmat movie streaming. Tonton ramai-ramai. Cerita wayang lama pun tak apa. Duit kita jimat dulu.

10 Bila perlu sangat nak shopping, tunggu ada SALE yang sebenar. Tak perlu beli yang NEW ARRIVAL. Tunggu harga murah lagi baik. Sebelum shopping, lihat tip nombor 2 dahulu. Mungkin berubah fikiran.

11 Kumpul $2 atau $5 setiap hari, boleh gunakan untuk duit raya. Tak rasa berat memberi zakat raya bila duit tu dikumpul sikit demi sedikit.

Sila tambah di ruang komen jika anda ada cara anda tersendiri.

Cepat jimat. Sebelum terlambat.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments