Hanya kambing korban dari Australia yang akan dibawa ke Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini

Tahun ini, menurut Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS), sebanyak 3,700 kambing korban dari Australia akan dibawa ke Singapura. Ini berbeza daripada tahun-tahun lalu di mana kambing-kambing korban juga dibawa masuk dari Kanada dan Ireland sebagai sumber alternatif.

JKMS menyatakan bahawa keputusan ini diambil kerana kambing Australia dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

“JKMS sudah menilai ujian-ujian itu dan memutuskan sumber-sumber alternatif itu kurang sesuai berbanding sumber yang biasa, iaitu kambing Australia, disebabkan tempoh penerbangan yang lama,” kata JKMS dalam kenyataan mereka.

Bagi ibadah korban tahun ini, orang ramai boleh buat tempahan kambing dari JKMS. Harga seekor kambing ialah $485. Mereka juga boleh buat pendaftaran dari 11 Julai sehingga 15 Ogos 2017. Pendaftaran tersebut akan dijalankan di 25 masjid:

• Masjid Sultan
• Masjid Al-Amin
• Masjid Darul Aman
• Masjid Ar-Raudhah
• Masjid Al-Istighfar
• Masjid Al-Iman
• Masjid Omar Salmah
• Masjid Jamae Chulia
• Masjid Kampung Siglap
• Masjid Assyakirin
• Masjid En-Naeem
• Masjid Darul Makmur
• Masjid An-Nahdhah
• Masjid Jamiyah Ar-Rabitah
• Masjid Al-Firdaus
• Masjid Al-Mawaddah
• Masjid Petempatan Melayu Sembawang
• Masjid Tentera Di-Raja
• Masjid Alkaff Kg Melayu
• Masjid An-Nur
• Masjid Hang Jebat
• Masjid Haji Yusoff
• Masjid Assyafaah
• Masjid Al-Khair
• Masjid Ahmad Ibrahim

Comments