Gunakan Medisave Untuk Biayai Suntikan Vaksin

Hal Ehwal Teh-Kini

Mulai bulan November, rakyat Singapura boleh gunakan sehingga $400 daripada akaun Medisave mereka, di bawah skim Medisave400, untuk biayai jenis suntikan vaksin di dalam Senarai Imunisasi Dewawsa Nasional (NAIS), menurut kenyataan MOH hujung minggu lalu. Kementerian Kesihatan (MOH) telah senaraikan suntikan-suntikan vaksin yang disarankan bagi mereka berusia 18 tahun dan ke atas.

 

Jika layak, mereka boleh dapatkan suntikan daripada institusi-institusi penjagaan kesihatan seperti hospital, poliklinik dan klinik-klinik CHAS. Ini dapat lindungi seseorang itu daripada influenza, pneumokokus, human papillomavirus (HPV), tetanus, difteria and pertusis, sakit campak, beguk dan rubela, hepatitis B, serta varicella.

 

Kadang-kala suntikan yang diambil ketika usia kanak-kanak kurang keberkesanannya apabila kita sudah dewasa. “Suntikan vaksin memberi perlindungan daripada penyakit berjangkit dan merupakan salah satu strategi untuk mengurangkan risiko wabak penyakit dalam masyarakat,” kata Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Lam Pin Min.

 

MOH nasihatkan rakyat dewasa Singapura supaya berbincang dengan doktor tentang suntikan vaksin. Antara faktor-faktor yang perlu dikira termasuk usia, keadaan perubatan, sejarah suntikan vaksin serta keberkesan vaksin.

 

Berikut adalah jadual suntikan yang disarankan oleh MOH (dalam bahasa Inggeris):

Sumber: Berita Mediacorp

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments