Gaji Asatizah Singapura Sebanyak $1500 Sahaja Sebelum CPF?

Sembang-sembang je

TehTarik terserempak dengan screenshot ini di mana seorang pengguna Facebook mendedahkan bahawa asatizah-asatizah di Singapura hanya diberi gaji antara $1200 – $1500 sebelum potongan CPF. Ini termasuk asatizah yang mempunyai ijazah dari universiti luar negara.

 

 

Hidup di Singapura bukannya senang. Lepas potong CPF pun dah tak seberapa. Asatizah juga dianggap satu profesional yang perlu kepakaran tertentu sebelum layak mendapat gelaran. Mereka habiskan banyak tenaga dan masa untuk belajar dan kemudian kongsi ilmu mereka. Pasti mereka layak dianggap setanding dengan para pendidik MOE.

Tapi TehTarik percaya masalah ini boleh ditangani dengan damai. Kami menyokong asatizah Singapura yang ingin bersuara dan mengetengahkan apa yang mereka hadapi. Kepada yang lain, jangan cepat menuduh. Beri mereka peluang untuk luahkan apa yang sedang berlaku. Mungkin mereka dah lama ada masalah ini tetapi tidak berani atau tidak mempunyai peluang untuk bersuara. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sampai asatizah-asatizah Singapura terpaksa kerja di luar negara. MUIS, PERGAS dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan agama Islam boleh beri sokongan atau bantuan.

Mungkin ada sebab-sebab tertentu perkara ini berlaku. Kita pun tak tahu kan? Biar mereka yang terlibat berunding sesama sendiri. Yang penting, kita hargai asatizah tanah air.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments