Fatwa Bagi Bank Susu Bayi Singapura Datangkan Kekeliruan Antara Mereka Yang Bukan Muslim

Hal Ehwal Teh-Kini

Bayi-bayi Islam boleh memanfaatkan bank susu bayi yang telah ditubuhkan di Singapura. Susu bank itu membantu ibu-ibu yang tidak berupaya untuk mengeluarkan susu badan yang mencukupi bagi bayi-bayi mereka apabila bayi itu dilahirkan terlebih awal. Jawatankuasa Fatwa MUIS telah memaklumkan bahawa pengambilan susu dari bank itu dan pendermaan susu juga dibenarkan dalam Islam.

Dalam Islam, apabila bayi yang belum berumur 2 tahun dan disusukan seorang ibu sebanyak 5 kali, bayi itu merupakan anak susuan kepada ibu tersebut. Maknanya, bayi itu tidak boleh kahwin dengannya ataupun anak-anak ibu susuan pada masa hadapan. Isu persaudaraan antara bayi dan ibu susuan tidak akan timbul kerana wujudnya satu situasi yang menyukarkan dan membawa kepada satu keperluan untuk bayi-bayi pramatang yang sakit mendapatkan susu ibu.

Jawatankuasa Fatwa itu menerangkan bahawa susu yang diberikan kepada bayi itu juga tidak akan datang dari seorang penderma sahaja. Walaupun bayi itu memerlukan susu sepanjang hari, bayi itu hanya akan menerima susu dari penderma yang sama sebanyak 2 atau 3 kali sahaja. Susu badan ibu kandungannya juga akan diberikan dahulu dan jika tidak mencukupi, baru mereka boleh mengambil susu dari bank untuk memenuhi keperluan kesihatannya.

Setiap tahun, 6,500 bayi Islam dilahirkan dan antaranya, 600 ialah bayi dilahirkan pramatang yang memerlukan susu badan.

Berita yang diterbitkan di lelaman Facebook CNA mendapat beberapa reaksi dari pengguna-pengguna Facebook yang bukan Islam. Ramai yang tidak memahami fatwa yang dikeluarkan dan menyangka isu yang dipertikaikan MUIS dan orang Islam adalah tentang halalnya susu badan yang didermakan.

Berikut adalah komen-komen yang dipetik:

 

Beberapa komen seperti Encik Wilkie, memberi pandangan tentang agama Islam yang terlalu tegas hingga memerlukan kebenaran untuk menerima dermaan susu badan. Namun, beberapa anggota masyarakat Islam juga ke hadapan untuk menerangkan isu yang sebenar tentang persaudaraan yang mungkin membuat orang Islam ragu-ragu untuk menerima dermaan.

 

Beberapa pengguna Facebook bukan Islam juga menghargai usaha untuk menjelaskan fatwa itu supaya mereka dapat lebih memahami tentang agama Islam.

Seorang lagi pengguna Facebook, Aboo Aeisyah, juga memberi cadangan kepada mereka yang masih was-was untuk berusaha menyiasat identiti penderma susu itu supaya boleh berjaga-jaga apabila anaknya besar.

TehTarik percaya bahawa isu yang mendatangkan kekeliruan seperti ini adalah satu peluang untuk menyatukan rakyat Singapura yang berbilang agama melalui usaha memahami antara satu sama lain. Jangan terus marah atau kecil hati apabila mereka memberi pandangan mereka tentang agama Islam kerana mereka kurang mengetahui. Sebaliknya, sebagai orang Islam sendiri, kita harus buka hati untuk membantu mereka fahami isu sebenar.

 

Sumber: Channel News Asia

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments