E-mel Palsu Dari SingTel

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Anda terima e-mel seperti dalam gambar ini?

Hati-hati bila membuka e-mel yang dikatakan daripada Singtel. E-mel tersebut akan menunjukkan harga bil dan menyuruh penerima untuk memuat turun bil. Ada juga “link” untuk memuat turun bil ini tetapi dipercayai mengandungi virus.

Seorang pakar dalam keselamatan siber, Encik David Maciejak, sudah memberi amaran bahawa ia amat bahaya untuk memicit “link” ini kerana boleh memuat turun sebuah virus dan boleh mengunci komputer ataupun mengambil maklumat peribadi. Dia juga mengesyorkan para pelanggan untuk memberitahu SingTel apabila menerima e-mel sebegini.

Nasihat TehTarik… Jika kita tahu ini bukan cara biasa kita menerima bil bulanan, elak lah daripada memicit sebarang “link” ataupun “save” apa sahaja kandungan e-mel itu.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments