Duit Raya – Ikhlas Atau Terpaksa?

Hal Ehwal Teh-Kini

Jumlah pemberian duit raya memang topik perbualan hangat dalam masyarakat Melayu Islam kita di Singapura setiap tahun menjelang Aidilfitri. Tetapi tahun ini, seorang pengguna Instagram tidak beralas dengan kata-katanya hingga ia menjadi viral dan dikongsi hampir 2,000 kali online. Menurut Instagram story-nya, “mereka yang beri duit raya sebanyak $2/$4/$5 harus fikirkan tentang kelakuan mereka”.

 

Mengikut pendapatnya, anak-anak muda kita tidak boleh berbelanja apa-apa dengan jumlah itu. Katanya, “mungkin dulu, jumlah itu mencukupi untuk membeli sesuatu tetapi kini, pemberian sesedikit itu tidak elok”. Dia tekankan bahawa perayaan setahun sekali ini patut disokong dan anak-anak perlu diberi peluang untuk betul-betul beraya.

 

Berikut adalah petikan skrin dari Instagram itu:

 

Disebabkan kata-katanya yang pedas, petikan skrin ini pula diviralkan di Facebook. Ada yang garang membantah….

 

Ada yang jelaskan apa yang penting…

 

Sebenarnya, TehTarik ada selidik dan pemberian duit raya ini mula-mula dilakukan secara ikhlas sebagai zakat atau sadakah kepada mereka yang lebih memerlukan. Ia dibiasakan hingga dijadikan satu tradisi sejak tahun 80-an. (Ingat tak lirik lagu Anuar Zain dan Elina yang dikeluarkan 1980an… ‘Asyik bersembang pakcik dan makcik. Hai duit raya lupa nak diberi…’)

 

Orang dulu berikan duit raya beberapa sen sahaja tanpa sampul duit kerana dulu, sepuluh sen pun cukup untuk berbelanja. Kalau bukan duit, orang kita berikan gula-gula atau manisan sahaja. Ada orang kata mereka mula gunakan sampul duit untuk sembunyikan jumlah yang diberikan. Tradisi pemberian duit raya ini dikenali ramai hingga anak muda kita mula mengharap untuk menerima duit raya setiap kali waktu perayaan. Asalkan puasa, dapat raya, salam tangan saudara terus dapat duit raya. Siapa ajar? Kita juga.

 

Walaupun ramai yang komen mengecam Instagram story viral ini, kita juga harus usaha untuk didik anak muda supaya mereka tahu bahawa saudara-mara akan memberi mengikut kemampuan masing-masing. Ini bukan lumba-lumba untuk kutip duit. (Kita boleh puasa satu bulan tahan lapar dan dahaga untuk mengenali keperitan orang susah kan? Takkan duit raya nak mengira…) Kalau kita dapat duit raya, itu rezeki. Kalau tak dapat, tak mengapa.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments