Doktor pakar kanser digantung perkhidmatannya

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Seorang pakar kanser, Dr Ang Peng Tiam telah digantung perkhidmatannya selama lapan bulan kerana didakwa menyalah urus secara profesional pada Selasa lalu, 27 Jun 2017. Dia telah terlibat di dalam sebuah kes yang berlaku pada April 2010.

Waktu itu, seorang wanita yang menghidap barah paru-paru telah berjumpa dengan Dr Ang, seorang pengurus perubatan di Pusat Barah Parkway. Dr Ang memberitahunya bahawa melalui kemoterapi dan terapi sasaran, pesakit itu ada harapan sebanyak 70% bagi penyakitnya untuk menunjukkan reaksi terhadap rawatan lalu dapat dikawal.

Menurut Majlis Perubatan Singapura (SMC), doktor tersebut tidak menawarkan pilihan untuk pembedahan walaupun pembedahan merupakan pilihan yang biasa disarankan untuk pesakit yang menghadapi peringkat barah serupa. Pesakit tersebut menjalani rawatan mengikut cadangan Dr Ang, tetapi barahnya merebak dan beliau meninggal dunia enam bulan kemudian. Keluarga pesakit kemudian melaporkan sebuah aduan di SMC terhadap Dr Ang.

Menurut mahkamah semasa membuat pengadilan, seorang doktor boleh mempercayai dengan sesuatu rawatan yang paling sesuai untuk pesakitnya, tetapi pada akhirnya terpulang kepada pesakit itu untuk membuat keputusan sendiri bagi rawatan yang akan dijalani.

Mahkamah juga menambah bahawa Dr Ang telah memberi harapan palsu terhadap pesakit dan keluarganya dengan bersikap yakin bahawa pesakit akan sembuh daripada penyakit barahnya.

Kes ini telah mendapat pelbagai reaksi di media sosial dan ramai netizen telah mengongsi pandangan dan pengalaman mereka masing-masing:

 

Netizen Chen Yu Ting juga mengongsi pengalamannya apabila bapanya sedang menghidapi penyakit barah. Dia mengatakan Dr Ang memberi harapan palsu kepada bapanya yang penyakit barahnya boleh dipulih dengan menjalani kemoterapi. Selepas bapa Yu Ting menjadi lebih sakit disebabkan menjalani kemoterapi beberapa kali, Dr Ang tetap menyarankan pesakit tersebut untuk menjalani rawatan yang sama. Pengalaman yang serupa juga dikongsi oleh Cathryn Vincent Khoo apabila suaminya menghidapi barah. Dia percaya Dr Ang hanya ingin mendapat kewangan yang lebih dan tidak berminat untuk memenuhi tanggungjawabnya. Mujur dia mempunyai teman-teman daripada industri perubatan yang memberi nasihat supaya tidak meneruskan dengan perkhidmatan Dr Ang.

TehTarik ingin sarankan kepada orang ramai untuk serahkan kepada SMC jika ada pengalaman yang serupa.

 

Sumber: Today Online

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments