Dilema Seorang Bapa

HAHAH Lawak sana sini, Sembang-sembang je

Bukan perkara senang untuk tidurkan anak atau memujuk mereka, lagi-lagi apabila mereka masih kecil lagi. Kebiasaannya, mereka akan menangis apabila lapar atau mahukan perhatian daripada ibu mereka.

Itulah kisah seorang bapa yang menjaga enam orang anaknya apabila isterinya harus menguruskan penjualan keknya. Dalam sebuah foto tular baru-baru ini, kelihatan gelagat seorang bapa yang sungguh kreatif bila menyusukan anaknya. Dia memakai niqab milik isterinya seakan-akan menyerupai isterinya.

Bayangkan reaksi anaknya apabila nampak seseorang yang menyerupai ibunya…Keliru atau tidak, bapanya telah berjaya untuk menenangkan anaknya!

Ramai netizen yang telah memberikan komen mereka tentang bapa ni:

Ada yang terkejut …

Ada yang nak tiru idea ini untuk anak mereka sendiri…

Ada juga yang cakap ini kisah yang kelakar seram…

Bukan senang untuk jaga anak kecil. Kita salute sangat-sangat bapa ini kerana pengorbanannya membantu si isteri, dan usahanya untuk menjaga anak dengan penuh kasih sayang. Semoga ibu bapa di luar sana juga mendapat idea dan inspirasi untuk keluarga masing-masing 🙂

Sumber:

FB Farizah Jaafar

https://www.ohmymedia.cc/ni-je-jalan-terakhir-yang-abi-mampu-buat-nak-gelagat-bapa-berniqab-sambil-susukan-anak-buat-ramai-geli-hati/

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments