DENGAR-DENGAR: Facebook Page Ini Boycott Halal Di Singapura

Sembang-sembang je

Minggu ini, TehTarik dapat khabar angin tentang wujudnya sebuah Facebook page khas untuk membantah segala produk halal. Ia kini mempunyai hampir 1,300 likes dan pengikut.

 

 

Menurut maklumat yang diberikan, mereka bantah segala syarikat dan pertubuhan yang mempromosikan atau menggunakan produk/khidmat halal supaya permintaan produk/khidmat tersebut akan gagal. Mereka bertujuan untuk mengelak pertenakan halal, bisnes penyediaan pemakanan halal atau pengurusan kewangan secara halal.

 

Garam jadi halal pun boleh jadi masalah…

 

Yogurt halal pun boleh mencari kemarahan admin ini…

 

Menurut komen di bawah ini, ada beberapa admin di sebalik Facebook page yang telah wujud selama beberapa tahun ini. Ketua adminnya pula tidak tinggal di Singapura.

 

 

Ada yang benar-benar berpendapat seperti adminnya…

 

Tetapi, ada juga yang berikan komen untuk memperbetulkan pemandangan admin ini…

 

 

Yang menghairankan… Kenapa Facebook page ini tidak diturunkan? Tidak ada sesiapa yang buat laporan Facebook ke? Selepas menyemak page itu, TehTarik mula berfikir… Masalah kefahaman salah seperti ini tanggungjawab siapa untuk selesaikan – Pemerintah, MUIS, atau diri kita sendiri?

 

Walaupun Singapura mempunyai pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengawal keharmonian kaum, kita masih mempunyai tanggungjawab sendiri. Jika kita kenal sesiapa yang mempunyai sangkaan salah tentang Islam, kita berkebolehan untuk menegur dan memperbetulkannya. (Tapi kena ingat tegur kena beralas. Islam tak ajar kita berkasar kan?) Dia terima atau tidak, itu cerita kesudahan. Yang penting, kita bukan masyarakat yang ‘enjoy the show’ dan mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk bertindak. Kita manusia punya akal dan fikiran. Kalau tidak digunakan untuk kebaikan, gagal lah kita dalam hidup ini.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments