“Dear Prime Minister…” – Surat Cinta Dari Warga Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini

Belanjawan 2018 baru diumumkan beberapa hari lalu dan reaksi warga Singapura berbelah-bagi. Kini, satu status Facebook sedang disebarkan online. Status itu minta jawapan bagi satu senarai soalan-soalan berkaitan dengan belanjawan tahun ini yang ditujukan dalam bentuk surat kepada Perdana Menteri kita sendiri.

 

Berikut adalah petikan status itu:

 

Penulis status itu jelaskan bahawa dia tidak menentang Perdana Menteri Singapura tetapi dia ingin meluahkan masalah yang akan dihadapi keluarga-keluarga berpendapatan rendah. Penulis itu ingin kepastian dan huraian bagi setiap isu yang diketengahkan seperti…

Mengapa kadar GST masih perlu dinaikkan jika kita ada belanjawan berlebihan sebanyak $10 bilion dari tahun lepas? Apa gunanya berikan wang habuan hanya untuk ambilnya kembali melalui kenaikkan GST? Jika populasi Singapura dikatakan tidak meningkat dan kadar kelahiran negara kita negatif tetapi kita akan belanjakan berbilion dolar untuk infrastruktur, adakah wang pembayar cukai Singapura dibelanjakan untuk warga asing yang akan tinggal di Singapura?

Penulis asal status Facebook ini pula tidak dikenal pasti kerana #CutNPaste yang digunakan di hujung status itu. Pengguna-pengguna Facebook online yang menyokongnya menyalin status itu, muatnaikkannya sebagai status mereka sendiri dan ia kemudian dikongsi oleh teman-teman Facebook mereka.

Beberapa komen yang didapati online pula menyuarakan bahawa pihak pemerintah tidak akan membaca atau melayan status itu. Ada juga yang cuba galakkan warga Singapura bekerjasama untuk bantu keluarga yang berpendapatan rendah di Singapura…

 

 

Sudah terang bila TehTarik baca status viral ini, penulisnya memang ambil berat dan risau tentang keadaan Singapura dan ramai orang kita turut rasa begitu. Pada 28 Februari akan datang, satu sesi dialog berhubung dengan Belanjawan 2018 akan diadakan bersama Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim di Perpustakaan Negara. Ini bukan sesi bersama Perdana Menteri tetapi ini merupakan satu peluang untuk luahkan pandangan yang ada. Boleh kalau nak berbuih-buih di status Facebook (dan mungkin juga kesan viralnya terasa) tetapi jika mengharapkan perubahan tanpa tindakan lanjutan, mungkin status ini akan tenggelam setelah beberapa minggu nanti. Betul tak betul?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments