CEO Uber Dedahkan 57 Juta Data Peribadi Pengguna Dicuri

Hal Ehwal Teh-Kini

Susulan berita pengguna Uber dikenakan bayaran tanpa kebenaran melalui kad kredit atau debit mereka bulan ini, Uber juga dedahkan semalam dalam satu kenyataan bahawa ‘hackers’ telah curi data peribadi sekitar 57 juta para pengguna dan pemandu Uber tahun lalu.

 

“Kami sedang memantau akaun-akaun yang terjejas dan memberikannya perlindungan tambahan,” kata ketua eksekutif Dara Khosrowshahi.

 

Dua anggota pasukan keselamatan maklumat Uber yang tidak memberikan amaran kepada pengguna bahawa data peribadi mereka dicerobohi sudah dipecat oleh syarikat berpangkalan di San Francisco itu semalam. Data dicuri termasuk nama-nama, alamat emel, nombor telefon penumpang, serta nama dan maklumat lesen memandu sekitar 600,000 pemandu Uber.

 

Pengasas dan juga ketua yang digugurkan jawatannya, Travis Kalanick, dimaklumkan mengenai pencerobohan tersebut selepas insiden itu terbongkar tetapi tidak dedahkannya kepada orang ramai sehingga ketua baru Uber Khosrowshahi dapat tahu mengenainya.

 

“Anda mungkin bertanya mengapa kami hanya berbincang perkara ini sekarang, setahun kemudian. Saya juga mempunyai soalan yang sama, dengan itu saya mengarahkan siasatan yang menyeluruh dijalankan mengenai apa yang berlaku dan bagaimana kami mengendalikannya.” kata Khosrowshahi.

 

Beliau katakan bahawa apa dipelajari mengenai kegagalan syarikatnya untuk beritahu pengguna atau pihak berkuasa tahun lalu mendorong tindakan pembetulan diambil.

 

 

Sumber: CNA
 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments