Betul ke Produk Halal Ini Ada Daging Babi?

Hal Ehwal Teh-Kini, Om Nom Nom

Khabar tentang produk tidak halal memang cepat tersebar. Baru-baru ini, TehTarik terima mesej Whatsapp berkenaan bahan makanan Kwong Cheong Sze Chuan Style Spicy Hot Bean Paste:

Sebenarnya, memang betul produk ini disahkan halal tetapi peniaganya meletak resipi cadangan di label untuk gunakan daging babi. Ini tidak bermakna bahan ini mengandungi apa-apa bahan yang diharamkan.

Sama seperti kalau kita beli rempah segera untuk masak kari. Kadang-kala label bungkusannya ada resipi cadangan kari ayam yang boleh dicuba dengan rempah itu, tetapi tidak bermakna bahan itu sudah mengandungi daging ayam.

Halal Hub Consultants juga beri kenyataan di Facebooknya tentang isu ini:

 

Masyarakat Islam dinasihatkan supaya jangan mudah panik dan besarkan isu ini. Mereka diingatkan bahawa MUIS mempunyai prestasi tinggi apabila memeriksa bungkusan dan label produk yang akan disahkan halal.

Syarikat Kwong Cheong Thye yang keluarkan produk itu juga berikan kenyataan mereka sendiri:

Mereka minta maaf atas salah faham yang berlaku. Produk ini sudah pun dikeluarkan dari pasaran dan dipulangkan. Label bungkusan baru akan dihantar kepada MUIS sebelum produk yang sama dikeluarkan lagi.

TehTarik kagum dengan syarikat Kwong Cheong Thye yang ambil maklum balas ini dengan segera. Biar lah ini menjadi contoh kepada peniaga-peniaga bukan Islam lain. Mungkin ramai yang belum kenal isu-isu sensitif yang boleh menjejas pelanggan-pelanggan beragama Islam.

Tapi kita pun, sebagai pelanggan, jangan cepat panik bila ternampak bahan makanan seperti ini. Sebaik-baiknya, kita beri maklum balas kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan jangan cepat sebarkan berita melalui Whatsapp atau Facebook. Bukan apa, nanti ada yang jadi ‘nasi tambah’ pulak kan?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments