Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Sembang-sembang je

Tidak kiralah anda beragama Islam dari lahir ataupun seorang mualaf semenjak 20 tahun yang lalu… Bila kita ingin bertegur sesuatu yang kita sendiri kurang berilmu dalam hal tersebut, biarlah dilakukan dengan beradab dan tertib agar tidak memperondak-perandakan bangsa mahupun agama sendiri.

Terlebih dahulu juga, sebelum kita mula memberontak dengan anggapan kita ini benar dan ingin membuat aduan, rujuk kepada yang lebih arif kerana kita tidak mahu orang mentertawakan atau mempersendakan jati diri kita.

TehTarik.sg berharap bangsa Melayu dan agama Islam masih tegar dalam hati kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Comments