Berita Palsu Tentang Sultan Brunei Ancam Beli Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini

Satu lelaman berita, Sketsanews, melaporkan penolakan warga bangsa Cina di Singapura terhadap Presiden Halimah Yacob sukar diterima Sultan Brunei hingga beliau ancam ingin membeli Singapura.

 

Menurut laporan itu, Sultan Brunei katakan,Saya tidak menyangka, sebahagian rakyat Singapura punya pikiran yang sangat kerdil. Presiden Halimah itu mewakili etnis Melayu yang selama ini terpinggirkan di Singapura. Padahal Singapura awalnya adalah milik Melayu.” Oleh itu, beliau ancam ingin beli ‘seluruh kekayaan Singapura’ dan akan ‘mengusir etnis-etnis pendatang yang tidak tahu berterimakasih’.

 

Pasti ramai rasa terkejut tapi tenyata, ia hanya berita palsu. Laporannya memang berat sebelah. Isu tentang reaksi Singapura diketengahkan dalam beberapa perenggan pendek sahaja. Laporan itu sebenarnya sedang tekankan kekayaan Sultan Brunei dan sifatnya yang murah hati. Nama Presiden Singapura pun dieja salah (Halimah Jacob siapa? Pemilik syarikat biskut Jacob’s eh?)

 

Singapura dan Brunei mempunyai hubungan yang rapat. Mata wang negara kita pun sama. Pada bulan Julai, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah telah buat lawatan negara yang keempat sejak 2014. Para pemimpin Brunei dan Singapura tegaskan hubungan dua hala yang ‘istimewa dan erat’.

 

Mantan Presiden, Dr Tony Tan, mengatakan dalam kenyataannya di Facebook ketika itu, “Hubungan baik antara Singapura dan Brunei dibina atas dasar hubungan kukuh dan persahabatan peribadi antara rakyat kedua-dua negara, seawal zaman Encik Lee Kuan Yew dan Allahyarham Seri Begawan.”

 

TehTarik tidak nafikan reaksi terhadap Pilihan Raya Presiden dan sokongan diberikan oleh warganegara di sini berbelah bagi. Walaupun ada yang menolak keputusan Pilihan Raya Presiden dan cara ia dikendalikan, ramai lagi masih sokong Presiden Halimah Yacob. Usah besarkan berita khabar angin seperti ini yang boleh cemarkan hubungan antara dua negara.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments