BERITA BAIK: Kolej Islam Pertama Singapura Dan ‘Network Asatizah’ Akan Datang

Hal Ehwal Teh-Kini

Pemerintah baru umumkan bahawa subsidi bagi yuran tuisyen pengajian tinggi telah disemak supaya lebih ramai pelajar Melayu Islam layak terima bantuan kewangan. Selepas berita itu, datang pula khabar Singapura akan dirikan kolej Islam pertamanya di sini. Kolej Islam ini akan mendidik para pelajarnya tentang sains Islam dan juga menyediakan mereka dengan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan.

 

Kurikulum di kolej Islam ini juga berbeza daripada kurikulum kolej Islam lain di luar negara. Pihak Pemerintah telah buat kajian terlebih dahulu di beberapa kolej Islam di negara-negara seperti Mesir, Jordan, Turki, Amerika Syarikat dan Kanada. Menurut kajian itu, ada kolej yang tumpukan perhatian pada hal akademik dan cara pengajaran tradisional sahaja tetapi ada juga yang berikan fokus kepada kemahiran pekerjaan dalam sektor yang tidak berkaitan dengan agama supaya pelajar-pelajar mereka dapat mencari pekerjaan dengan lebih mudah. Kolej Islam Singapura akan menyesuaikan cara pengajaran yang digunakan oleh kolej-kolej lain untuk sediakan kurikulum mengasah asatizah yang terbaik untuk para pelajarnya.

 

Kurikulum itu juga akan bantu mengukuhkan kepercayaan dan amalan agama Islam di dalam konteks Singapura yang berbilang bangsa dan agama. Pihak Majlis Ugama Islam (MUIS) akan mendapatkan pandangan masyarakat Islam mengenai isu ini dalam beberapa bulan akan datang.

Tambahan pula, MUIS juga akan mengembangkan Rangkaian Asatizah Muda (Asatizah Youth Network) di mana para asatizah atau pendidik agama Islam akan dilatih untuk menentang radikalisasi menerusi media digital dan teknik kaunseling. MUIS akan melatih sekitar 30 individu untuk kembangkan rangkaian ini sebelum akhir tahun ini. Ini adalah usaha untuk mencegah anggota masyarakat kita daripada ideologi yang tidak diingini. Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, juga telah mengatakan bahawa di Singapura, kita perlu bersatu untuk menentang ancaman radikalisasi dan Islamophobia.

 

Sumber: TODAYonline

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments