Berapa Gaji Yang Diperlukan Untuk Beli Rumah Di Singapura?

Hal Ehwal Teh-Kini

Membeli rumah merupakan satu keputusan besar antara pasangan. Singapura berada antara tempat ke-lima dan ke-sepuluh pasaran rumah yang paling mahal di seluruh dunia. Kemungkinan besar kita perlu ambil wang pinjaman yang berpanjangan selama 20 ataupun 30 tahun.

Oleh itu, ia penting untuk buat kiraan wang terlebih dahulu dan pilih jenis rumah yang sesuai mengikut kemampuan. Bila kerjaya kita mengembang dan ada lebih pendapatan, boleh lah kita beli rumah yang lebih mewah.

Untuk memudahkan proses perancangan anda, kami telah dapatkan statistik gaji yang anda dan pasangan anda perlukan berdasarkan jenis rumah yang ingin dibeli.

Hasil Gaji Yang Diperlukan Untuk Membiayai Gadai Janji (Mortgage) Bulanan

Ini adalah beberapa anggaran untuk membuat kiraan ini:

  • Bayaran pendahuluan: 10% harga tanah (rumah HDB); 20% harga tanah (rumah privet)
  • Tempoh pinjaman wang: 25 tahun
  • Kadar faedah: 2.6% (rumah HDB); 1.5%(rumah privet)
  • Pembeli tidak layak untuk mendapat wang pemberian pemerintah untuk membeli rumah HDB
  • Pemilik rumah privet tidak mempunyai pinjaman wang lain yang harus dibayar
  • Kedua-dua suami isteri berpendapatan yang sama

 

Mengikut nisbah pinjaman MSR (Mortgage Service Ratio), pemilik rumah HDB hanya dibenarkan mengguna sebanyak 30% dari pendapatan keseluruhan mereka untuk bayaran bulanan buat rumah itu. Pemilik rumah privet pula harus ikut Nisbah Jumlah Bayaran Hutang TDSR (Total Debt Servicing Ratio) yang membenarkan sebanyak 60% dari pendapatan keseluruhan mereka untuk digunakan. Jumlah 60% itu termasuk segala hutang-hutang lain yang perlu dibiayai seperti hutang peribadi, hutang kereta atau hutang pembelajaran.

 

Senarai berikut mengira pendapatan yang diperlukan berdasarkan jenis rumah (HDB dan privet) yang ingin dibeli supaya anda boleh periksa kemampuan anda.

 

 

Untuk rumah HDB, kiraan ini menggunakan harga rumah resale dan tidak termasuk wang pemberian pemerintah buat pasangan yang layak.

Dari senarai ini juga, kita boleh lihat bahawa pasangan yang ingin membeli rumah condominium di luar daerah sentral hanya perlu berpendapatan sebanyak $3,667 manakala mereka yang ingin membeli rumah EC harus berpendapatan sebanyak $5,562 setiap orang. Tetapi, anggaran ini menganggap bahawa pasangan tersebut tidak mempunyai hutang-hutang yang lain dan boleh gunakan kesemua 60% dari gaji mereka untuk bayaran bulanan.

Ini semua tidak ambil kira pembelanjaan yang lain seperti harga renovasi dan perabut. Mereka yang lebih berumur mungkin tidak layak untuk mengambil tempoh wang pinjaman sepanjang 25 tahun kerana ia akan melebihi usia persaraan mereka. Manakala, mereka yang lebih muda boleh memanjangkan tempoh wang pinjaman ke 30 tahun.

Jangan Habiskan Semua Wang Anda Untuk Membeli Rumah

Pemerintah telah pun memperkenalkan MSR dan TDSR tetapi kita juga harus berjaga-jaga supaya tidak menghabiskan semua wang kita untuk pembelian rumah. Walaupun mereka telah menetapkan bahagian gaji yang boleh digunakan, tidak semestinya kita gunakan kesemuanya.

Jika semua wang pendapatan kita digunakan untuk pembelian rumah, kita tidak akan mempunyai wang berlebihan untuk masa hadapan dan pembelanjaan diri sendiri seperti melancong atau membeli alat digital yang baru. Akibat ingin membeli rumah baru, kita jadi kaya dengan aset tetapi miskin tanpa wang.

Sumber: Yahoo! Finance

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments