Berapa Besar Gaji Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta Di Singapura?

Sembang-sembang je

Ramai yang nak hidup mewah dan sudah mula kumpul duit beli kereta sendiri tetapi belum buat kira-kira kos pembelanjaan yang lain. Artikel ini akan senaraikan kos-kos pembelanjaan untuk mempunyai sebuah kereta Mitsubishi Attrage (antara kereta paling murah!) di Singapura.

 

Apa Anda Perlu Belanjakan?

  • Susut nilai (Depreciation)
  • Cukai jalan raya
  • Insurans
  • Tempat letak kereta dan minyak
  • Servis kereta dan penggantian bahagian kereta
  • Kos faedah (Interest)

 

Sebuah kereta Mitsubishi Attrrage bernilai $76,000. Kereta ini akan susut nilainya sebanyak $7,300 setiap tahun selama 10 tahun. Harga ini ambil kira harga pembatalan pendaftaran COE juga di akhir 10 tahun.

 

Cukai jalan raya setiap tahun yang perlu dibayar – $506.

 

Bayaran insurans bergantung kepada syarikat insurans yang dipilih dan juga pengalaman memandu masing-masing. Secara purata, pemilik kereta baru harus bayar $1,250 untuk insurans.

 

Kalau tinggal di bangunan HDB, kos untuk letak kereta sebanyak $110 setiap bulan. Kos untuk letak kereta di tempat-tempat lain seperti tempat kerja mungkin sebanyak $80. Ini juga bergantung kepada tempat letak kereta yang dipilih dan jangka masa yang diambil untuk letak kereta. Kalau tambah minyak sebanyak $60 setiap minggu, kos minyak $240 setiap bulan. Tambah lagi bayaran $20 setiap bulan untuk ERP. Jumlah keseluruhan untuk tempat letak kereta dan minyak – $5,400 setiap tahun.

 

Harga untuk servis kereta dan ganti bahagian kereta pula bergantung kepada kedai workshop yang dipilih, masalah kereta yang dialami, berapa kerap kereta dipandu dan cara jaga kereta sendiri. Mungkin lima tahun pertama, kereta itu tak buat hal tetapi semakin lama, kereta itu pasti perlukan diservis. Kita buat andaian kos ini sebanyak $1,000 setahun.

 

Kalau kereta itu dibeli dan tidak dibayar sekali gus, kena lah tanggung kos faedah. Kalau kita ambil pinjaman wang sebanyak 50% harga kereta – $38,000. Dengan jangka masa bayaran wang pinjaman selama 5 tahun dan kadar faedah 3% setiap tahun, jumlah kos faedah yang perlu dibayar – $570 setiap tahun.

 

Harga Pembiayaan Sebuah Kereta

  • Susut nilai (termasuk harga kereta + COE) – $7,300
  • Cukai jalan raya – $506
  • Insurans – $1,250
  • Tempat letak kereta dan minyak – $5,400
  • Servis kereta dan penggantian bahagian kereta – $1,000
  • Kos faedah (Interest) – $570

Jumlah kesuluruhan: $16,026 setiap tahun

 

Jadi Sekarang, Berapa Besar Gaji Yang Diperlukan?

Pasti ada benda lain yang perlu dibayar selain kereta. Gaji kena tolak 20% dulu untuk CPF, tinggal 80%. Kalau lagi 20% letak tepi untuk wang simpanan, tinggal 60%. Barang keperluan rumah, pembelajaan untuk anak, duit untuk ibu bapa, bayaran insurans lain, pembelanjaan seharian dan sebagainya perlukan sebanyak 40-50% pendapatan anda. Secara realistik, rakyat Singapura hanya patut gunakan 10-20% pendapatan bulanan untuk bayar kereta.

 

Pendapatan rumah tangga yang diperlukan untuk membiayai sebuah kereta sekurang-kurangnya antara $80,000 – $160,000 setiap tahun. Mampu tak? Jangan lah terkejar-kejar nak ada kereta setakat nak rasa hidup mewah. Tak guna ada kereta tapi hidup tak tenang risau pasal duit sahaja. Kalau fikir-fikir, naik teksi lagi jimat duit.

 

Sumber: Asiaone

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments