Beragama Islam tetapi kahwin dengan kaum sejenis!

Sembang-sembang je

Dua orang lelaki, Jahed Choudhury dan Sean Rogan, baru saja berkahwin di Walsall, West Midlands, UK. Ini merupakan salah satu perkahwinan homoseksual pertama di UK yang melibatkan lelaki beragama Islam.

Sumber video: Express and Star 

Jahed, 24 tahun, mengatakan dia rasa terasing dalam keluarganya kerana dia seorang homoseksual. Berasal dari keluarga beragama Islam, dia sering dibuli di sekolah dan dilarang untuk memasuki masjid. Jahed pernah cuba untuk berubah dengan beribadah di Saudi Arabia dan Bangladesh.

Sumber gambar: Daily Mail

Tetapi, dia tidak berjaya, malah ingin membunuh diri sebelum bertemu dengan Sean. Mereka mula tinggal bersama pada tahun 2015 dan bertunang setahun kemudian.

“Ini akan menunjukkan kepada orang ramai bahawa saya tidak pedulikan kata-kata mereka. Keluarga saya tidak hadir pada hari ini kerana ia amat memalukan pada mereka dan mereka tak nak melihatnya,”  kata Jahed. “Kita akan menunjukkan kepada seluruh  dunia bahawa awak boleh jadi gay dan beragama Islam.”

Di Singapura, kami mempunyai sambutan PinkDot yang memberi sokongan kepada orang-orang LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual). Menurut pelbagai laporan, terdapat banyak sokongan yang diberi kepada kempen ini, dan ada juga yang mengaku secara terbuka bahawa mereka mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenis.

Comments