Bendera Singapura Sengaja Diterbalikkan?

Sembang-sembang je

Bendera Singapura terbalik? Diletak di Lapangan Terbang Changi? Kalau tak percaya, lihat betul-betul gambar ini. Papan tanda di sebelah kiri gambar boleh dibaca seperti biasa. Jadi, memang betul lah bendera Singapura ni terbalik.

Gambar ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu. Ada yang marah, ada yang cuba jelaskan. Ini adalah beberapa reaksi orang:

Ada yang cuba menyindir seperti Richard Ong yang mengatakan, “Tiada apa-apa yang salah. Memang betul. Arah bendera itu sama dengan arah tujuan negara kita sekarang.” (Step Singapura makin ke belakang, sekali dia yang ghairah dah queue amek tiket NDP…)

Tapi sebenarnya, komen-komen lain ada betulnya. Pemasangan ini sama dengan arca di BMTC Pulau Tekong. Tengok gambar kita jumpa ni.

Bila bendera negara dikibarkan, tiang bendera memang sepatutnya di hadapan. Bila angin tiup, bendera tu pun ke belakang. Askar kita pula maju ke hadapan. Kalau setakat nak bendera kita terbang dan nampak “betul”, tiang bendera tu dah di belakang askar kita. Kalau nak ikut cakap komen orang-orang yang tak puas hati ni, askar kita pula yang nampak macam dia sedang mengalah dan berundur.

TehTarik nak cakap apa lagi… Sudah terang, lagi bersuluh. Apa sahaja yang dibina dan dipamerkan di Lapangan Terbang Changi mesti lah perlu diperiksa oleh pihak kuasa, terutama sekali kalau ada lambang Singapura.

Yang marah-marah tu, jangan lah ikutkan perasaan sangat. Ada yang cakap Lapangan Terbang Changi “fail” pasal letak bendera terbalik. Kadang kita perlu selidik dulu. Dalam hal ini, mungkin kita yang “fail” mendalami perkara ini.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments