Bekas Pegawai SPF Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Di Bali

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang bekas pegawai polis Singapura, Allahyarham Mirkhan Ariffin, yang berada dalam keadaan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal di Bali, Indonesia hujung minggu lalu telah meninggal dunia tengah malam tadi.

Minggu lalu, dalam percutian bersama isterinya, Allahyarham hilang kawalan motosikal yang ditunggang dan pasangan itu tercampak dari motosikal mereka. Allahyarham tercedera di bahagian leher dan tulang selangka serta empat tulang rusuknya patah. Anak bongsunya, Cik Sorfinah, meminta bantuan kewangan dari laman pengumpulan derma orang ramai (crowdfunding) GoFundMe untuk pindahkan Allahyarham dari Rumah Sakit Sanglah Denpasar Bali ke Hospital Besar Singapura (SGH) melalui ambulans udara.

Berkat usaha itu serta sumbangan orang ramai online, mereka berjaya mengumpul sebanyak $122,433. Namun, selepas sehari di Singapura, pakar bedah otak mengesahkan aktiviti minda Allahyarham terhenti dan kesemua organ utamanya tidak berfungsi. Keluarganya ambil keputusan untuk izinkan doktor cabut mesin dan peralatan pernafasan serta pengaliran ubat yang meneruskan degupan jantungnya.

Allahyarham dan isterinya masih lagi warga Singapura yang bermastautin di Darwin, Australia bersama ketiga-tiga anak perempuannya.

Berikut adalah petikan skrin dari akaun Facebook kenalan Allahyarham

Di dalam statusnya, pengguna Facebook ini juga menarik perhatian kepada sifat warga Singapura yang saling mengambil berat dan prihatin terhadap satu sama lain. Dia ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara-mara, bekas rakan kerja, kenalan dan semua warga Singapura yang telah hulurkan sumbangan untuk bawa Allahyarham pulang ke Singapura.

 

TehTarik ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments