Bayi dibunuh oleh bapanya dan dirakam secara live di Facebook

Hal Ehwal Teh-Kini

Berita tentang Wuttisan Wongtalay, seorang lelaki berusia 20 tahun dari Thailand, telah menggegarkan media sosial apabila dia merakam dirinya menggantung anak perempuannya yang hanya berumur 11 bulan, menerusi Facebook secara Live. Dia juga membunuh dirinya selepas itu, namun ia tidak dirakam. Video tersebut disiarkan langsung di waktu petang pada hari Isnin, 24 April 2017. Video itu dibawa turun pada keesokan harinya.

Menurut seorang polis, Encik Jirasak Siemsak, Wuttisan mengambil tindakan sebegitu kerana dia rasa dia telah diabaikan oleh isterinya kerana mereka sering bergaduh. Oleh itu, dia membawa anaknya ke sebuah bangunan hotel yang telah lama ditutup.

Ramai pengguna media sosial berasa marah kerana video tersebut mengambil masa hampir 24 jam sebelum dibawa turun. Ada juga yang menyoal tentang sistem Facebook yang agak lambat untuk menurunkan sebuah video yang amat sensitif dan kejam.

 

 

Sumber: thestar.com.my

Comments