Bapa meninggal dunia semasa menikahkan anak

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Majlis akad nikah yang meriah bertukar menjadi riuh-rendah apabila bapa kepada bakal pengantin perempuan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menikahkan anaknya kepada bakal menantunya.

Menurut laporan Al Arabiya, kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Manzala, utara Mesir. Dalam majlis yang disaksikan orang ramai itu, Allahyarham Mursi Khalil Salameh rebah secara tiba-tiba dan ramai saudara-mara bergegas untuk memberi bantuan.

 

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa seorang doktor telah mengesahkan lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

 

 

Sumber: Berita Mediacorp

Comments