Bapa Manjakan Anak Lelaki Di NS

Sembang-sembang je

Sekarang tahun 2017 pun ibu bapa di Singapura masih terlalu manjakan anak lelaki mereka ke? Dulu, ada pembantu rumah tolong angkatkan beg seorang recruit. Sekarang, bapa seorang recruit menghantar emel untuk minta siasatan dan penjelasan atas latihan BMT yang terlalu ‘sukar’.

NS diperkenalkan pada 1967 untuk mempertahankan keselamatan di negara ini. Macam mana anak lelaki itu nak mempertahankan negara kalau latihan sahaja dah tak boleh tahan. Ini bukan kem sekolah menengah tau.

Berikut adalah terjemahan emel yang dihantar oleh bapa itu:

 

“Saya seorang bapa yang amat mengambil berat tentang latihan anak lelaki saya di BMTC Sch 3 dalam Ulysses Company.

 

  1. Arahan-Arahan Commander

Saya faham para recruit harus menjalani latihan yang sukar di BMT tetapi arahan commander perlu ada batasnya juga. Jangan sampai arahannya tidak masuk akal.

– Anak saya beritahu commander tidak mengizinkan recruit untuk berjalan di tingkat bawah Ulysses Company. Mereka harus berlari-lari untuk menghabiskan kerja. Kadang kala, lantainya licin kerana hujan atau dicuci dan ini membahayakan keselamatan recruit jika mereka jatuh akibat berlari-lari. Saya ingin tahu sebab ini dilakukan.

– Commander mahu recruit semua berpekik-pekik sahaja sepenuh masa, dari senaman warm up ke marching. Saya dengar yang recruit yang tidak pekik kuat-kuat akan dimarah dan commander pula yang akan pekik di telinga mereka. Saya faham kalau mereka perlu bernyanyi bersama dengan kuat untuk naikkan semangat ketika route march tapi mengapa pula mereka harus pekik-pekik semasa aktiviti kem biasa? Commander nak anak lelaki kita sampai hilang suara kah? Apa sebabnya?

– Saya dapat tahu bahawa Ulysses Company ada nyanyi lagu yang bunyinya sama seperti panggilan orang samseng. BMTC School 3 ajar anak lelaki kita jadi samseng kah? Saya tidak akan benarkan ini semua.

  1. Denda Yang Tidak Masuk Akal

Anak lelaki saya beri maklum balas tentang beberapa kejadian di kem.

Pertama sekali, anak lelaki saya harus menyangkung apabila dia ke field camp atau sesi persiapan untuk route march dan ini dilakukan selama 30-45 minit. Anak saya juga harus menyangkung setelah selesai satu sesi latihan combat fizikal. Saya risau kerana jangka masa mereka harus menyangkung terlalu lama dan akan mencederakan lutut-lutut recruit di situ.

Kedua pula, commander selalu ugut recruit dengan “SOL” atau “confinement”. Saya mahu penjelasan tentang undang-undang SAF. Recruit boleh didenda jika bunk mereka tidak betul-betul bersih atau jika mereka lambat untuk berkumpul? Saya faham commander ini boleh denda recruit supaya mereka harus buat 20 push ups tetapi setiap kali mereka hampir selesai, commander akan kira semula dari 0. Mana etika para commander?

Ketiga, saya dengar yang commander di Ulysses Company akan sengaja cari pasal untuk membuang masa recruit. Satu platoon ada 60 lebih orang dan tidak munasabah lah untuk mereka dibebaskan 15 minit sebelum lights-out. Ada beberapa kali anak saya harus bangun siang untuk menyediakan begnya untuk aktiviti hari seterusnya. Anak saya juga katakan recruit tidak diberikan waktu tidur selama 7 jam. Ini sudah jelas melampau. MEREKA DIPAKSA untuk katakan yang mereka diberi cukup masa untuk tidur apabila commander keselamatan menyoal mereka semasa keterangan keselamatan diberikan.

Keempat, company anak saya dipaksa untuk berlari-lari dari teater kuliah ke parade square sebanyak 4-5 kali kerana mereka lembab dan seargant (Bryce Tan, Zul, Sune Aik, Irza) mereka pula akan pekik-pekik di telinga mereka. Mereka juga dipaksa lari turun tangga. Ini amat berbahaya kerana company mereka ada 200 lebih orang yang akan berlari turun tangga bersama.

  1. Laporan Apabila Sakit

Anak saya dan recruit-recruit lain bersamanya terpaksa tahan lutut dan buku lali mereka yang sakit. Mereka juga dimarah kerana mereka dianggap lemah. Pada satu ketika, beberapa recruit jatuh sakit dan mengalami cirit-birit kerana makanan dari cookhouse dan sargeant mereka suruh mereka berdiam sahaja. Ulysses Company tidak kisah tentang kesihatan dan kebaikan recruit mereka kah? Commander ini semua nak sembunyikan perkara sebenar yang berlaku?

Program latihan mereka juga membimbangkan pada saya. Recruit-recruit diberikan program yang intensif tanpa memberikan mereka cukup masa untuk otot-otot mereka pulih semula. Saya ingin tahu bagaimana program ini dirancang, mengapa tiada cukup masa untuk mereka berehat dan mengapa mereka tidak kisah apabila recruit jatuh sakit atau cedera akibat program yang dijalankan.

Maka, saya amat bimbang tentang kesejahteraan anak saya di kem dan ingin penyiasatan dijalankan serta penjelasan atas latihan yang dilakukan di Ulysses Company – BMTC School 3.”

Habislah nanti anaknya kena tekan…

 

Sumber: AllSingaporeStuff

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments