Apa Yang Masyarakat Melayu Islam Perlu Tumpukan?

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Dalam satu sesi Parlimen baru-baru ini, TehTarik dengar mereka bincangkan tentang apa yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat Melayu Islam. Ini huraian TehTarik.sg.

 

ORANG MELAYU PERLU MANFAAT DARIPADA MERITOKRASI

Apa itu meritokrasi? Ia adalah sistem yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan.

Sejak Singapura berdikari 50 tahun lalu, kita bukan lagi satu masyarakat yang “hanya berserah kepada takdir”. Kita telah bangkit dengan membangunkan sistem meritokrasi tersendiri dan meraih manfaat daripada sistem itu. Sistem ini akan mendirikan masyarakat yang tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Kita tidak boleh berserah kepada apa sahaja keadaan hidup yang dialami. Masyarakat kita harus terus tekun usaha untuk capai kejayaan.

Kini, lebih 32% orang Melayu memegang jawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dalam tenaga kerja, naik dari 7% pada 1980. 99% anak-anak Melayu kita berjaya selesai sekurang-kurangnya 10 tahun persekolahan. Pendapatan bulanan keluarga juga naik enam kali ganda sejak 35 tahun lalu.

Untuk pastikan manfaat sistem meritokrasi dapat dirasakan semua, mereka yang sudah berjaya digalakkan menyumbang kembali kepada masyarakat.

 

ORANG MELAYU PERLU SOKONG 3M – MUIS, MENDAKI DAN MESRA

Satu cabaran masyarakat Melayu/Islam ialah faktor luaran yang telah mengubah dan mempengaruh kehidupan beragama kita di sini. Kita harus memperkuatkan badan-badan 3M.

Singapura tidak boleh lari daripada cabaran ekstremisme. MESRA akan mainkan peranan penting untuk pastikan masyarakat kita akan berinteraksi dengan masyarakat-masyarakat lain, tidak kira di sekolah, pejabat ataupun lain-lain. Ini supaya masyarakat Islam kita tidak asingkan diri secara eksklusif daripada masyarakat lain. MESRA juga akan adakan program-program untuk menguatkan pertalian antara anggota masyarakat Melayu/Islam sendiri dengan kerjasama sukarelawan akar umbi dan juga penasihat MESRA seperti SPS Dr Faishal Ibrahim dan SPS Amrin Amin.

MUIS juga bertanggungjawab untuk kekalkan interaksi antara orang Islam bersama masyarakat berbilang bangsa di sini. Selain itu, mereka akan usahakan supaya asatizah di Singapura setaraf guru-guru agama di luar negara yang lebih ‘glamor’. Mesej-mesej berkaitan agama harus ada daya tarikan dan juga kekal relevan untuk masyarakat kita.

MUIS, MENDAKI dan MESRA akan dikukuhkan lagi dengan kakitangan dan piawaian terbaik.

 

ORANG MELAYU PERLU HADAPI CABARAN EKONOMI DAN PEKERJAAN

Kedudukan ekonomi kita yang stabil dicabar pesaing sengit dari negara-negara serantau. Teknologi juga semakin berkembang dengan ciptaan kecerdasan buatan (AI), robotik dan ekonomi digital. Beberapa pekerjaan tidak akan wujud lagi pada masa akan datang.

MENDAKI sedang mencegah kesan ekonomi dan gangguan teknologi terhadap pekerjaan orang Melayu Islam kita. Mereka akan pastikan para pelajar dapatkan pendidikan asas dan berikan semangat untuk terus tingkatkan diri. Pihak MENDAKI juga akan kerjasama dengan agensi-agensi pemerintah serta organisasi Melayu Islam untuk atasi factor-faktor yang menghindar seorang anak Melayu daripada mendapatkan pendidikan.

 

Amacam, apa lagi orang Melayu kita kena buat untuk maju?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments