Anakanda Sultan Johor telah memilih seorang lelaki yang pernah bekerja di Singapura untuk kahwin tapi…

Hal Ehwal Teh-Kini

Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers, Dennis Muhammad Abdullah akan menikahi Anakanda Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim pada 14 Ogos tahun ini. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata perkahwinan tersebut akan mengikut adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Menurut Datuk Abdul Rahim, Dennis memeluk agama Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama supaya dia boleh belajar tentang Islam termasuk solat, berpuasa, mengaji. Dia juga dididik tentang Bahasa Melayu, budaya, etika dan protokol istana.

“Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal,” kata Datuk Abdul Rahim.

Tunku Tun Aminah, 31 tahun, merupakan puteri tunggal daripada enam adik-beradik. Beliau juga mempunyai pendidikan pelajaran menengah di Australia International School dan di La Salle School of Fashion and Design.

Khabar perkahwinan ini telah menarik perhatian ramai netizen dan mengongsi pandangan mereka di Facebook:

Netizen Formex Teo mengatakan bahawa Dennis akan menjadi seorang lelaki yang amat gembira kerana dia akan tinggal di istana di mana terdapat banyak makanan tersedia. Hmmm…pandangan yang mungkin diadaptasikan dari novel atau drama TV ya?

Kun Tiong Chan pula memberi komen bahawa berita ini tidak perlu dihebohkan kerana Tunku Tun Aminah tidak memilih seseorang lelaki Melayu dari Singapura.

Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat! 🙂

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments