Anak Singapura Memecah Pemikiran: Lulus Universiti Al-Azhar Tak Semestinya Jadi Ustazah

Sembang-sembang je

Seorang siswazah muda Melayu dari Singapura, Nurul Adibah, berjaya hafal seluruh 30 juzuk Al Quran dalam tempoh sembilan bulan semasa di Mesir. Beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik kohort Singapura yang lulus dari Universiti Al Azhar tahun ini. Selain dari dipilih sebagai valediktorian, Nurul Adibah juga lulus dalam jurusan Shariah Islam dan mempunyai sijil pengajian Perbankan dan Kewangan di Universiti Amerika di Kaherah.

 

Walaupun beliau adalah graduan daripada universiti Islam terkemuka di dunia, Nurul Adibah sebenarnya ingin menjadi seorang penasihat kewangan Islam setelah pulang ke Singapura dan berminat dalam sektor kewangan dan pelaburan.

 

Beliau juga kongsi bahawa keadaan politik di Mesir menyebabkan jumlah mahasiswa Singapura jatuh dari 60 kepada sekitar 30 orang sahaja. “Ia hampir mematahkan semangat saya untuk datang, tapi saya tetap inginkan untuk belajar di sini,” tambahnya.

 

Nasihat ibu bapanya juga dijadikan dorongan untuk kekalkan semangat lakukan terbaik. Beliau buat kejutan buat keluarga apabila beliau adakan majlis khatam tahfiz minggu lalu. Kini, beliau sah digelar seorang ‘Hafizah’ atau penghafal Quran.

 

“Saya sangat tidak suka pemikiran (bahawa menjadi graduan) Al-Azhar sahaja, (akan) menjadi Ustaz ataupun Ustazah. Saya tak rasa saya layak pun untuk bergelar seorang ustazah,” kongsinya dengan rendah diri. Dahulu, selalunya seorang graduan Al-Azhar akan menjadi asatizah tetapi beliau ingin memecahkan pemikiran itu.

 

TehTarik ucapkan syabas kepada anak muda kita ini. Biar apa orang hendak kata, asalkan kita buat yang terbaik untuk diri sendiri. Jika minat boleh dijadikan kerjaya dan membawa rezeki yang halal, tak salah kan? Dah belajar susah payah, pilihlah jalan hidup yang diinginkan. Kita tetap sokong!

 

Sumber: Berita Mediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments