Anak Harris Baba Tercedera Di Sebuah Butik Louis Vuitton

Hal Ehwal Teh-Kini

Penyanyi Singapura, Harris Baba, ingin saman butik Louis Vuitton (LV) di The Gardens Mall, Mid Valley City, KL, selepas anaknya yang berusia lapan bulan tercedera kerana terkena penutup lampu siling yang jatuh.

Dia memuatnaikkan gambar kecederaan anaknya, Aleena Ziya, di laman sosial Instagram pada 30 Oktober 2017:

Sumber gambar: Harris Baba

 

Disebabkan kemalangan itu, Aleena mempunyai kelecuran di muka dan tangannya. Menurut Harris, kelecuran tersebut akan ambil beberapa bulan untuk pulih. Dia juga tambah bahawa Aleena memerlukan perawatan laser untuk hilangkan parut tersebut.

“Sepatutnya, sebuah butik antarabangsa mengambil berat keadaan butik mereka. Bayangkan jika bekas lampu itu terkena bahagian mata anak saya, mungkin perkara teruk akan terjadi,“ kata Harris.

Harris juga telah buat laporan polis dan berbincang dengan peguamnya untuk ambil tindakan undang-undang berhubung dengan perkara ini.

Di dalam sebuah post Instagram berbeza, Harris juga menegaskan bahawa tindakan-tindakan yang diambilnya adalah untuk pastikan bahawa butik tersebut akan mempelajari kesilapan mereka dan bukan untuk dapatkan wang pampasan walaupun butik tersebut telah minta maaf atas kesilapan mereka.

 

Sumber gambar: Harris Baba

 

Ibu bapa mana tidak rasa marah bila anak mereka cedera bukan kerana kecuaian mereka sendiri? Tetapi, mesti ramai juga setuju yang setiap manusia selalu buat kesilapan – tidak kira besar ataupun kecil. Kejadian ini berlaku dengan tidak sengaja dan bukan sesuatu yang diingini orang ramai. Semoga pihak-pihak terlibat dapat selesaikan masalah ini dan berdamai.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments