Ambulans SCDF Boleh Langgar Lampu Merah Dan Buat Pusingan U Ketika Waktu Kecemasan

Hal Ehwal Teh-Kini

Mulai 1 Disember, ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) boleh pilih untuk tidak mempatuhi lampu merah dan buat pusingan U ketika berdepan dengan kecemasan. Sebelum ini, undang-undang melarang ambulans berbuat demikian.

 

Pemandu SCDF perlu ikuti prosedur operasi dengan bunyikan semboyan dan nyalakan lampu darurat untuk beri isyarat kepada pengguna jalan raya lain. Apabila menghampiri persimpangan lalu lintas, pemandu harus perlahankan kenderaan dan berhenti sepenuhnya untuk nilai keadaan lalu lintas sebelum teruskan perjalanan. Jika dikenakan saman, rayuan boleh dibuat dan Polis Trafik akan buat pengecualian jika pemandu ambulans sedang berdepan dengan kecemasan.

 

Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, menggesa pemandu supaya bersikap bertanggungjawab dengan beri laluan kepada kenderaan kecemasan kerana ia menjejas usaha selamatkan nyawa. Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan kerjasama untuk letakkan papan tanda di ekspreswe agar kenderaan lain beri laluan kepada kenderaan kecemasan.

 

“Pemandu yang enggan memberi laluan kepada kenderaan kecemasan akan dikenakan empat mata demerit dan didenda. Sekiranya terdapat faktor-faktor lain yang memudaratkan, pesalah akan didakwa di mahkamah,” kata Encik Amrin.

 

TehTarik terkejut bila dapat tahu pengecualian ini baru sahaja dikenalkan. Selama ini, ambulans kita tertunggu-tunggu di simpang apabila lampu isyarat itu merah. Walaupun mungkin tidak lama, setiap saat itu emas apabila dalam usaha untuk selamatkan nyawa dalam kecemasan. Kami harap undang-undang akan disemak untuk setiap kenderaan kecemasan (tak kira lah polis ke ambulans privet ke…) supaya dapat dipermudahkan proses mereka di jalan raya.

 

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments