Ajaran Pemimpin Islam Tempatan Menjadi Penawar Kandungan Radikal Online

Hal Ehwal Teh-Kini

Minggu lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam menggambarkan bahawa kehadiran bahan radikal online “selalu mendatangkan cabaran” dan kita harus “realistik tentang beberapa jauh ia boleh ditangani”. Pengawalan akses kepada kandungan radikal online juga merupakan satu “perjuangan hati dan minda”.

Beliau berkata bahawa ajaran-ajaran di masjid, kandungan yang diterbitkan pemimpin Islam tempatan dan MUIS adalah penawar sebenar bagi mencegah penyebaran ajaran menyimpang. Encik Shanmugam turut tekankan bahawa kita harus berjuang untuk tunjukkan apa yang salah dalam ajaran menyimpang yang ditemui itu. Beliau menambah lagi bahawa kita harus galakkan golongan muda “supaya ke masjid dan juga menghayati kandungan yang diterbitkan MUIS dan pemimpin-pemimpin Islam kami”.

Beliau berkata demikian selepas satu kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dikeluarkan mengenai seorang warga Malaysia yang bekerja di Singapura ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar kembali ke Malaysia.

Warga Malaysia itu dikenali sebagai Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil, 33 tahun, yang kerja sebagai pemandu di sebuah syarikat kargo udara Singapura. Pekerjaan Hanief memberikan dirinya kebolehan untuk masuk ke kawasan terlarang Pusat Kargo Udara Changi, yang sediakan khidmat ke Lapangan Terbang Changi. Walaupun Hanief tidak cuba mempengaruhi orang lain atau merancang apa-apa serangan di Singapura, ideologi radikalnya menjadikannya satu ancaman keselamatan. Tahun lalu, Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, yang merupakan seorang penolong jagaan bayi di PCF Sparkletots juga ditahan di bawah ISA.

Kita perlu sama-sama usaha untuk kawal penyebaran ideologi radikal dan mencegah ajaran menyimpang. TehTarik sokong seratus peratus! Jadi, ringan-ringankan kaki ke masjid.Bukan sahaja kita dapat beribadah, setiap kali kita ikhlas hayati ajaran Islam yang betul, kita tambah ilmu dan berpeluang kongsi ilmu itu kepada orang lain. Sama-sama kita ambil langkah ke arah yang betul untuk bina negara berbilang agama yang harmoni. Biar lain kefahaman, asalkan kita hidup sehati sejiwa Singapura.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments